Kenyataan Media Bro Saddiq: Tiada standard dan fakta, dikecam netizen.

KUALA LUMPUR 02 OCTOBER 2017. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media di Seri Pacific Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Kuala Lumpur, 24 Julai : Kenyataan media Menteri Belia dan Sukan, Bro Saddiq berhubung perlepasan pemain bola sepak dikecam netizen, bukan sahaja kerana bahasanya yang tunggang-langgang dan meleret, malah faktanya juga tidak berapa tepat.  Di FB Page TTKM, hantaran mengenai perkara tersebut setakat ini mendapat 1200 perkongsian dan 2400 likes.

Manakala di FB Page sukan, Harimau Malaya yang mempunya 1.9 juta likers turut menaikkan hantaran yang sama, malah menolak markah yang diberikan TTKM dari 39% kepada 29 % kerana mengandungi fakta yang salah :

“Rasanya Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq perlu tukar pegawai media yang menulis ayat tunggang langgang dalam kenyataan rasmi KBS mengenai isu perlepasan pemain ke Sukan Asia.Fakta pun salah. Tolak 10 markah. Total: 29/100.Harap dapat diperbaiki selepas ini.”  – FB page Harimau Malaya

Berikut merupakan beberapa komen netizen :

Azrul Azwar Ahmad Tajudin This is beyond “very bad”. This is way too mediocre and amateurish for a minister. That’s why I just cannot let this slide. Shape up fast or ship out!Or shall I just add: He doesn’t deserve a full ministership from the start! Period! Teruk sangat! I just cannot let this slide. It’s beyond very bad. Macam karangan budak tadika! Very low standard!

Nazreen Nizam Rao maybe he wrote this in english and google translate to bm! 😂😂

Fais Al-Hajari 39%? Kalau aku, aku bagi 5% je markah.Sebab apa? Fakta salah.Kejohanan peringkat bawah umur Asia ni, FIFA x endorse. Bila FIFA x endorse, FAM xde kuasa guna peraturan FIFA whatsoever utk paksa kelab release player. Semuanya fully under club’s discretion.Patutnya Menteri KBS ni kena panggil semua pihak bincang secara mendalam. Bukan suruh FAM buat benda yg bukan bidang kuasa dia.Apoyos

Abi Asyraf wei saddiq ko bukan menteri bola saddiq oi…ni sume kerja fam saddiq oi…bukan keje jabatan ko..nak jumpe exco tu sume fam punye keje..kalau FIFA tahu habis saddiq oi

Muhammad Nurshazni Mohd Salleh Pesan pada YB, kalau nak bola sepak Malaysia digantung macam Indonesia, masuk la campur. Sukan Asia tidak ada dalam kalendar FIFA. KBS perlu cadangkan pada FAM tangguh dulu Piala Malaysia.

Muhaimin Ahmad Tapi….tapi….tapi….Presiden Indonesia Pak Jokowi memanggilnya sebagai ‘bro’. Media Indonesia pun ada mengatakan cewek Indonesia pecah ovarinya melihat Menteri Sadiq ni. Apa lagi Malaysia mahu?

Nadza Zainal Tula nak buat camne Syed Saddiq is too young for minister sepatutnya dia kene expose kerje dulu.. N experience vet thru utk media release..zmn skrg setkt pandai ckp dah tak laku.. Kerje pun kene tip top.

SShai Suhaimi Gib Kalau dah jadi Minister kena la check betul2 sebelum buat kenyataan media. There’s a big difference between just doing your job and doing your job well — and with pride. We expect you to “perform” and “deliver” once dah dilantik jadi Minister. We want to see how you think about ramping up in your new role and the standards you hold yourself to sebagai Menteri KBS.

Zaidi Omar That’s why experience and knowledge plus the willingness to learn is essential. Everybody can talk, everybody can makeup manifesto that promises the sun and the moon but upholding it is one thing and the perception of the rakyat if you fail to deliver is that you are incompetent and a liar.

Noor Azaman Artikel 13 dan 17 Statut FIFA, jelas menyatakan kerajaan tiada hak campur tangan dalam persatuan bola sepak kebangsaan kerana ia adalah satu badan yang bebas.

Putera Daeng Hakimi Kah kah …. bodoh punya syed saddiq ..X wajib pon pasukan kelab Lepas kan …. surat nie Blh persatuan kelab bola sepak buat aduan kt fifa kerana campur tangan kerajaan memaksa pasukan kelab utk Lepas kan pemain mereka …. jika fifa dapati kerajaan campur tangan dan fam bersalah ,bola sepak Malaysia Blh digantung …. tue lah syed saddiq pro lgbt x taw pasal bola berlagak pandai !!!!

Juhaizan Mohd Yusof Perenggan last tu geleng kepala cikgu BM. “Saya akan memanggil perjumpaan..”. Sepatutnya, “Saya akan mengadakan perjumpaan..”

نصرالدين محمد عباس woiiii admin…apa sangat la kesalahan kecil dia buat karangan tu kalo nak dibandingkan dgn jasa besar dia kutip sampah kt stadium tu..ni pon nak jadi isu ke
😂😂😂😂

Farhan Nurman Ayat meleret2. Aku kena baca berulang kali untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh SS.

Zul BlackWidow Never agreed on him being a ministers. A good debater, but being a leader encompasses a lot of other things.

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.