Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Malulah! Parlimen bukan padang permainan!” – Prof Mohammad Agus Yusoff

2 min read

Kuala  Lumpur, 24 Julai :  Penganalisis politik , Profesor Mohammad Agus menegur ahli parlimen yang bersikap tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan sidang dewan rakyat terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup kuorum.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sikap MP yang lebih bertanggungjawab dalam sidang Dewan kali ini. Namun, harapan itu hancur. Baharu seminggu bersidang, daripada 222 MP yang ada, untuk mendapatkan kuorum seramai 26 orang pun tidak mencukupi. – Agus

Tambah beliau lagi, mereka sewajarnya malu, kerana ia menunjukkan sikap dan disiplin ahli parlimen yang  seolah-olah menganggap parlimen seperti padang permainan.

“Biarpun selama lima minit sahaja, itu sudah cukup untuk menunjukkan sikap dan disiplin MP kita. Malulah dengan sikap sebegini. Apakah MP ini menganggap parlimen semacam padang permainan, boleh datang bila masa sahaja tanpa mengikut waktu yang ditetapkan? – Agus

kosong
Jam 2.35 PM. Dewan Rakyat hampir kosong. 

Beliau turut memberikan perbandingan jika perkara ini dilakukan oleh mahasiswa dalam kelas beliau, sudah tentu mereka akan mendapat “hadiah istimewa” dari beliau. Walau bagaimanapaun ujarnya, mahasiswa beliau lebih berdisiplin dan bertanggungjawab berbanding ahli parlimen yang ponteng tersebut.

Kelmarin PM dan Ketua Pembangkang telah mengingatkan MP tentang hal ini. Baharu sahaja ingatan diberi, hari ini peringatan dan nasihat tersebut entah ke mana. Jikalah kejadian begini berlaku di kelas saya, tahulah “hadiah istimewa” untuk mahasiswa saya. Mujurnya mahasiswa saya lebih berdisplin dan lebih tahu tanggungjawab mereka daripada MP ini. – Agus

Agus juga berharap supaya ahli parlimen  lebih bertanggungjawab kepada tugas mereka.

“Ini parlimen Malaysia, bukannya parlimen di negara Afrika.Semoganya reformasi parlimen yang dijanjikan dapat dilakukan secepat mungkin. Saya sudah tidak sabar untuk melihat Malaysia baharu yang lebih maju.” – Agus

Pada sesi petang sebentar tadi, sidang dewan rakyat ditangguhkan selama 5 minit kerana tidak cukup korum. Tiada seorang pun menteri dan ahli parlimen kelihatan dalam dewan rakyat pada ketika itu.

Aktivis Bersih, Thomas Fann turut menyindir mereka:

FENG6910-01_bersih_5_press_con_20161120.jpg
Thomas Fann, gambar Malay Mail. 

“Adakah mereka dihidangkan daging Wagyu ketika makan tengah hari di Parlimen sekali lagi atau kita tidak membayar elaun yang cukup kepada ahli parlimen kita untuk hadir sidang parlimen?” – Thomas Fann

 

 

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: