Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(Video) Memalukan! Sidang dewan rakyat ditangguhkan kerana tak cukup korum!

3 min read

Parlimen, 24 Julai : Baru kelmarin Perdana Menteri menegur menteri dan timbalan menteri kerana kehadiran tidak memuaskan di sidang dewan rakyat, sesi petang persidangan sebentar tadi terpaksa ditangguhkan lima minit kerana tidak cukup korum.

Sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang itu (selepas rehat 1 jam setengah) dimulakan dengan Speaker Dewan Rakyat, Mohammad Arif meminta Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai) untuk meneruskan perbahahasan beliau.

Walaubagaimanapun, Alexander Nanti Linggi (PBB-Kapit) bertanya kepada speaker sama ada korum mencukup atau tidak.

“Tuan yang dipertua, minta, saya nak pastikan,  ada cukup korum ke kita?Menteri-menteri, timbalan menteri semua tidak ada?” – Alexander

satu dua tiga.JPG
Satu dua tiga…

Arif kemudian kelihatan mengira ahli dewan rakyat dengan jarinya, lalu membuka buku peraturan dewan. Selepas itu,  Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai)  meminta persidangan dewan ditangguhkan.

“Berapa orang?Tak cukup korum. Itu cadangan yang baik. Kita tangguhkan 2 minit sehingga cukup korum.Ya? Ok!Kita bunyikan loceng sekejap” – Arif

kosong.JPG
Kerusi kosong di Dewan Rakyat.

Ketika loceng berbunyi kali kedua ini, baru kelihatan ahli dewan rakyat terutamanya dari Pakatan Harapan terkedek-kedek masuk ke dalam dewan rakyat seperti itik pulang petang.

“Semalam baru perdana menteri komen, tegur (kehadiran)” – Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai)

jalan-itik.jpg
Itik pulang petang.

35 YB SAHAJA!

Apabila loceng berhenti, Ariff kedengaran bertanya kepada seorang pegawai dewan rakyat sama ada korum sudah mencukupi atau tidak.

“Cukup 35. Kuota kita 26” – Pegawai Dewan Rakyat.

Kemudian, Arif memulakan sidang.

“Saya sudah dimaklumkan, kita ada 35 yang berhormat hadir. Jadi cukup korum. Jadi saya persilakan sekali lagi Bagan Serai.” – Ariff.

Di media sosial, netizen berang dengan peristiwa memalukan ini.

Munirah Hayati : OK now this is too much

Thomas Fann: The minimum quorum of 26 out of the 222 MPs were needed for the Dewan Rakyat to proceed and they couldn’t even achieve it. Were they serving Wahyu beef for lunch at Parliament again or we are not paying enough allowances for our MPs to attend Parliament sittings?

Adrian Pereira Haha I can’t believe we worked so hard for many years for this

Asraf Yazid Susah payah balik mengundi keluar duit minyak tol hari tu dengan impian nak UBAH Malaysia, sekali ko bagi orang makan gaji buta. Hahaha…

Sham Kudin Sham Jadi calon sbb nak kuasa dan duit…bukan nak berkhidmat utk rkyat..tp mahacai tomamto apa kisah..janji guan eng berhenti berucap masa azan…🍅🍅🍅

Chairil Johari Rams Dulu BN pon kerajaan..tak pernah smpai camni jadi nya..bila banyak sgt bawak fitnah bawak salah mana nk senang duduk..aUra saka dewan Parlimen..Sumpah ko ankat bkn ringan nk pikul.

Wahidah Zakaria Hahhahaha……. Disiplin pun kelautttt.. Cakap pandai, cari salah orang lain pandai bertahun tahun.. Ni ke ciri2 pemimpin? Taklamalah..kami kalih dlm PRU15.

Razakiah Kiah YB YB semua, anda dilantik utk menyuarakan masalah rakyat, bkn duduk kat kantin parlimen. Tkkan dr beratus ahli parlimen semua ada hal yg tk leh dielak, klu menteri atau timb menteri boleh maafkan tu pun klu ada soalan mesti salah seorang menjawab, jgn bg kem lain menjawab kecuali hal yg tk boleh dielak

Azimi Hasan Mcm ni punya kelaku tak elok kerajaan BN dulu pun tak mcm ni. MP PH dah mula tunjuk belang kut. PM baru tegur saja semalam. Dulu dok kutuk pemimpin pembakang yg juga ulama kaki ponteng. Sekarang apa dah jadi? Hampehh Kalau mcm ni. Memalukan kami pengundi PH.

Azlan Osman Ahli parlimen makan gaji buta…..kita undi mereka di atas dasar keperrcayaan tetapi mereka ini anggap kemenangan untuk kepentingan diri sendiri tak kira golongan parti kerajaan atau penbangkang….speker patut main peranan penting dan sekiranya ada ahli parlimen ada rekod buruk dari segi kahadiran….hendaklah di gantung keahlian atau pecat sebagal ahli dewan….

Abel Yazed Nie klu semua MP kerajaan memonteng sapa nak bentang laporan sapa nak cadang sapa nak bangkang takkan MP pembangkang plak yg mencadang dan membangkang kiki jgn bagi malu rakyat dan masyarakat dunia memerhati anda

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: