Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(Video) “72 ladang kita ada 7 ekor lembu!” – Salahudin Ayub

1 min read

Parlimen, 24 Julai :  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub  mendakwa bahawa kerajaan ketika ini ada 72 ladang satelit dan 7 ekor lembu.

“Ladang satelit kita ada 72 ladang, dan sekarang sudah ada 7 ekor lembu yang sedang kita usahakan” – Salahuddin Ayub

Dewan rakyat kemudian menjadi riuh dengan gelak ketawa ahli parlimen termasuk Dr Dzulkefly dan Nurul Izzah, ketika Salahuddin menyebut perkataan 7 ekor lembu tersebut.

Kebingungan kenapa beliau ditertawakan , Salahudin kemudian menoleh ke kanan lalu diperbetulkan oleh rakannya bahawa jumlah lembu  yang sebenar adalah 7000 ekor, dan bukannya 7 ekor lembu.

Sebelum ini, Salahudin Ayub turut menjadi bahan jenaka di media sosial apabila mendakwa harga barangan keperluan asas untuk hari raya aidil fitri tahun ini jatuh 30% hingga 50% berbanding tahun lalu.

Beliau kemudian mengatakan  kenyataannya itu  dibuat secara SPONTAN hasil makluman orang awam kepada beliau di beberapa lokasi dan juga laporan tinjauan umum.

Di media sosial, netizen mentroll  Salahuddin dengan nama bekas menteri BN, iaitu “Ahmad Maslan 2.0”, malah turut menggelar Salahudin beliau sebagai menteri PertomaTOLOLan. -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: