Parlimen, 24 Julai : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub mendakwa bahawa kerajaan ketika ini ada 72 ladang satelit dan 7 ekor lembu.
“Ladang satelit kita ada 72 ladang, dan sekarang sudah ada 7 ekor lembu yang sedang kita usahakan” – Salahuddin Ayub
Dewan rakyat kemudian menjadi riuh dengan gelak ketawa ahli parlimen termasuk Dr Dzulkefly dan Nurul Izzah, ketika Salahuddin menyebut perkataan 7 ekor lembu tersebut.
Kebingungan kenapa beliau ditertawakan , Salahudin kemudian menoleh ke kanan lalu diperbetulkan oleh rakannya bahawa jumlah lembu yang sebenar adalah 7000 ekor, dan bukannya 7 ekor lembu.
Sebelum ini, Salahudin Ayub turut menjadi bahan jenaka di media sosial apabila mendakwa harga barangan keperluan asas untuk hari raya aidil fitri tahun ini jatuh 30% hingga 50% berbanding tahun lalu.
Beliau kemudian mengatakan kenyataannya itu dibuat secara SPONTAN hasil makluman orang awam kepada beliau di beberapa lokasi dan juga laporan tinjauan umum.
Di media sosial, netizen mentroll Salahuddin dengan nama bekas menteri BN, iaitu “Ahmad Maslan 2.0”, malah turut menggelar Salahudin beliau sebagai menteri PertomaTOLOLan. -TTKM-