“20% Royalti Minyak; tak boleh buat segera, kena pinda akta dulu!” – Azmin Ali.

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak dapat menyalurkan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan segera kerana perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, lapor FMT.

“Cadangan ini tak dapat dilaksanakan segera kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan pengiraan berdasarkan ‘gross profit’ dan bukan ‘net profit’.Oleh itu, sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20% hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974.Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.” – Azmin Ali.

Azmin (PH-Gombak) berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran) bilakah kerajaan pusat akan melaksanakan pemberian 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin Ali berbohong?

Walaubagaimanapun, kenyataan Azmin Ali itu disangkal oleh  Dr Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari , Pembantu Profesor dan Timbalan penasihat perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Dr Wan Mohd, perdana menteri boleh memutuskan sama ada mahu memberikan pembayaran royalti yang lebih kepada negeri pengeluar minyak kerana undang-undang berkaitan membenarkan beliau melakukannya.

Undang-undang tersebut juga tidak secara spesifik menyatakan kuantum pembayaran yang perlu dibayar kepada negeri di mana minyak dan gas dikeluarkan.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), PM boleh melakukan regulasi untuk tujuan memastikan keberkesanan provisi akta tersebut, dimana ia mentadbir aktiviti upstream Minyak dan Gas termasuk pembayaran tunai kepada negeri berkaitan.

akta.JPG
Akta Pembangunan Petroleum 1974

“Sememangnya (kuasa) ada untuk PM membuat  keputusan (mengenai royalti minyak), kerana di bawah PDA, PM mempunyai kuasa untuk membuat regulasi-ia adalah dibawah pertimbangan beliau.” – Dr Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari

Pengkritik melihat kenyataan Azmin bahawa perlu dilakukan pindaan sebelum royalti 20% berdasarkan ketuntungan dibuat kepada negeri adalah satu  usaha untuk melambat-lambatkan proses pembayaran. Selain itu, ia juga sebagai mengabui mata masyarakat bahawa janji manifesto Pakatan Harapan sebenarnya tiada langsung menyatakan ia berdasarkan keuntungan.

“Cadangan tambah royalti petroleum kepada 20% ini adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar. PH telah buat analisa struktur kos pengeluaran petroleum oleh Petronas. Analisa ketika itu dibuat dalam keadaan kekangan data untuk melihat sama ada peratusan jumlah royalti petroleum bagi negeri pengeluar petroleum boleh ditingkatkan kepada 20%.” – Azmin Ali

Sebelum ini, TTKM melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengesahkan 20% royalti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada negeri pengeluar minyak akan bergantung kepada keuntungan, dan bukan pengeluaran,

“(20 % royalti minyak) akan bergantung kepada keuntungan yang diperoleh Petronas di kawasan (negeri) terbabit. Apa yang kita peroleh di Terengganu, tidak akan dibayar kepada Sarawak atau Sabah” – Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu adalah bertentangan dengan “Janji 3” dan “Janji 41” manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihanraya ke 14 lepas.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.” – Janji no 3, ms 21, Buku Manifesto Pakatan Harapan.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan
pembangunan.” – Janji no 41, ms 114, Buku Manifesto Pakatan Harapan.

Manifesto tersebut dengan jelas berjanji akan memberikan negeri pengeluar minyak 20% royalti, di mana pengkritik mengatakan ia adalah berdasarkan kepada hasil (reveneu) minyak dan gas yang diperoleh dari negeri, bukan keuntungan setelah menolak perbelanjaan.

Pada 19 Julai lalu, Tun Dr Mahathir ketika berbahas di dewan rakyat berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak 20 % kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.

(Tonton dari minit 8:50 ke atas)

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.