
Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya elaun bulanan ahli Parlimen yang gagal menghadiri sidang dewan rakyat dipotong.
Selain itu beliau turut mencadangkan suapaya nama-nama ahli Parlimen yang malas hadir ke Dewan Rakyat disiarkan di akhbar dan media sosial.
“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli Parlimen mengikut kadar arahan Jawatan Kuasa Pilihan Dewan.Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” -Rais Yatim
Cara terbaik mengatasi masalah DRakyat yg tak cukup korum ialah potong elaun bulanan Ahli mengikut kadar arahan JK Pilihan Dewan. Kedua, siarkan nama2 anggota yg malas hadir dlm akhbar atau media sosial. pic.twitter.com/s3adHIjr1I
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) July 24, 2018
Ditangguhkan, tak cukup korum
Semalam, sesi petang persidangan dewan rakyat terpaksa ditangguhkan lima minit kerana tidak cukup korum.
Sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang itu (selepas rehat 1 jam setengah) dimulakan dengan Speaker Dewan Rakyat, Mohammad Arif meminta Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai) untuk meneruskan perbahahasan beliau.
Walaubagaimanapun, Alexander Nanti Linggi (PBB-Kapit) bertanya kepada speaker sama ada korum mencukup atau tidak.
“Tuan yang dipertua, minta, saya nak pastikan, ada cukup korum ke kita?Menteri-menteri, timbalan menteri semua tidak ada?” – Alexander

Arif kemudian kelihatan mengira ahli dewan rakyat dengan jarinya, lalu membuka buku peraturan dewan. Selepas itu, Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai) meminta persidangan dewan ditangguhkan.
“Berapa orang?Tak cukup korum. Itu cadangan yang baik. Kita tangguhkan 2 minit sehingga cukup korum.Ya? Ok!Kita bunyikan loceng sekejap” – Arif

Ketika loceng berbunyi kali kedua ini, baru kelihatan ahli dewan rakyat terutamanya dari Pakatan Harapan terkedek-kedek masuk ke dalam dewan rakyat seperti itik pulang petang.
“Semalam baru perdana menteri komen, tegur (kehadiran)” – Noor Azmi Ghazali (Bebas- Bagan Serai)

35 YB SAHAJA!
Apabila loceng berhenti, Ariff kedengaran bertanya kepada seorang pegawai dewan rakyat sama ada korum sudah mencukupi atau tidak.
“Cukup 35. Kuota kita 26” – Pegawai Dewan Rakyat.
Kemudian, Arif memulakan sidang.
“Saya sudah dimaklumkan, kita ada 35 yang berhormat hadir. Jadi cukup korum. Jadi saya persilakan sekali lagi Bagan Serai.” – Ariff.
“Malulah! Parlimen bukan padang permainan!” – Prof Mohammad Agus Yusof
Sementara itu, Penganalisis politik , Profesor Mohammad Agus menegur ahli parlimen yang bersikap tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan sidang dewan rakyat terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup kuorum.
Rakyat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sikap MP yang lebih bertanggungjawab dalam sidang Dewan kali ini. Namun, harapan itu hancur. Baharu seminggu bersidang, daripada 222 MP yang ada, untuk mendapatkan kuorum seramai 26 orang pun tidak mencukupi. – Agus
Tambah beliau lagi, mereka sewajarnya malu, kerana ia menunjukkan sikap dan disiplin ahli parlimen yang seolah-olah menganggap parlimen seperti padang permainan.
“Biarpun selama lima minit sahaja, itu sudah cukup untuk menunjukkan sikap dan disiplin MP kita. Malulah dengan sikap sebegini. Apakah MP ini menganggap parlimen semacam padang permainan, boleh datang bila masa sahaja tanpa mengikut waktu yang ditetapkan?“ – Agus

Beliau turut memberikan perbandingan jika perkara ini dilakukan oleh mahasiswa dalam kelas beliau, sudah tentu mereka akan mendapat “hadiah istimewa” dari beliau. Walau bagaimanapaun ujarnya, mahasiswa beliau lebih berdisiplin dan bertanggungjawab berbanding ahli parlimen yang ponteng tersebut.
Kelmarin PM dan Ketua Pembangkang telah mengingatkan MP tentang hal ini. Baharu sahaja ingatan diberi, hari ini peringatan dan nasihat tersebut entah ke mana. Jikalah kejadian begini berlaku di kelas saya, tahulah “hadiah istimewa” untuk mahasiswa saya. Mujurnya mahasiswa saya lebih berdisplin dan lebih tahu tanggungjawab mereka daripada MP ini. – Agus
Agus juga berharap supaya ahli parlimen lebih bertanggungjawab kepada tugas mereka.
“Ini parlimen Malaysia, bukannya parlimen di negara Afrika.Semoganya reformasi parlimen yang dijanjikan dapat dilakukan secepat mungkin. Saya sudah tidak sabar untuk melihat Malaysia baharu yang lebih maju.” – Agus
-TTKM-
Leave a Reply