PRK Sg Kandis, undi BN atau PKR?

Oleh :Khalid Mohd Ismath

Ramai orang sangka, PH akan terus menang dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi. Entah mengapa saya tidak rasa tertarik langsung untuk mengambil tahu mengenai perkembangan kali ini. Saya juga merasakan PH akan menang lagi. Namun kita perlu tahu beberapa perkara mengenai situasi dewan undangan negeri Selangor hari ini, mengenai calon dan juga dengan sikap kerajaan baru hari ini.

Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini terlalu kuat di pihak kerajaan. Jumlah pembangkang kurang daripada 5 orang. Adakah dengan jumlah yang sangat berat sebelah ini anda rasa akan adanya prinsip semak dan imbang dalam sesuatu keputusan atau perbincangan didalam dewan? Sudah tentu tidak. Sebenci mana pun kita pada Barisan Nasional atau PAS, kita tetap perlu ada pembangkang yang kuat didalam dewan untuk menegur dan mengkritik kerajaan kerana kerajaan biasanya akan membuat keputusan yang hanya menguntungkan pihak mereka baik kerajaan BN mahupun PH.

Keduanya calon. Jika kita lihat dari perspektif calon, Lokman Adam berasal daripada golongan aktivis. Dilatih Anwar Ibrahim didalam ABIM dan PKN. Beliau seorang yang terlatih dalam gerak kerja politik dan urus tadbir. Pernah menjadi pegawai di Kementerian Kewangan. Ada juga perkara bodoh yang dibuatnya dizaman Najib. Beliau banyak mengiyakan kebobrokan dizaman Najib. Di pihak PKR pula, ustaz Zawawi ini merupakan seorang lulusan agama. Bagi pihak masyarakat Melayu, mungkin kerja-kerja agama seperti mendirikan rumah anak yatim dan rumah kebajikan itu satu kerja yang maha mulia tanpa melihat aspek sebenar kerja seorang ADUN.

Ketiga, Pakatan Harapan perlu ditekan untuk segera realisasikan semua manifestonya. Disebabkan sikap fanatik dan ekstrim penyokong Pakatan Harapan selepas berkuasa, kerajaan merasakan tiada keperluan untuk melaksanakan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari itu. Dengan kekalahan di Sg Kandis, ini sahaja yang dapat membukakan mata dan memasangkan telinga buat pemimpin PH untuk segera buat kerja melaksanakan manifesto mereka dgn kadar segera.

Ini hanya pendapat saya sahaja. Saya rasa tak salah jika rakyat biar BN menang kali ini kerana kemenangan BN tidak akan berikan apa2 impak pada kedudukan kerusi dewan sebaliknya akan dapat menambah baik semak dan imbang politik negeri.

(Khalid merupakan ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia. Ini merupakan pendapat peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pandangan TTKM – editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: