“Saya bukan pengganas, Saya pejuang kebebasan!” – P. Ramasamy

Pulau Pinang, 25 Julai: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata dakwaan bahwa beliau adalah anggota kumpulan pengganas kerana penglibatan beliau dalam proses pendamaian diantara Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dengan Sri Lanka adalah palsu dan sengaja dibuat.

Melalui satu kenyataan 2 muka surat yang dikeluarkan oleh pejabat beliau, P. Ramasamy turut menambah dakwaan  tersebut dibuat untuk mengapi-apikan isu berhubung kenayataan beliau mengenai pendakwah India yang kini seorang PR Malaysia, Dr Zakir Naik.

This slideshow requires JavaScript.

” Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan  ini (beliau anggota LTTE) adalah palsu dan sengaja dibuat bagi mengapi-apikan isu berhubung kenyataan saya mengenai Zakir Naik. ” –  P. Ramasamy

Tambah Ramasamy lagi,  beliau adalah seorang ahli akademik selama 26 tahun di UKM pada 1981 sehingga 2005 sebelum memasuki arena politik pada tahun 2008.

“Saya telah berkhidmat sebagai research fellow dan professor di beberapa Universiti terkemuka di luar negara dan semasa berada di UKM, bidang saya adalah Ekonomi Politik dengna pengkhususan kepada pengurusan konflik antarabangsa” –  P. Ramasamy

Mengenai penglibatan beliau dengan LTTE, Ramasamy berkata beliau dijemput sebagai ahli panel jawatan kuasa yang terdiri daripada pelbagai perwakilan.

“Di Sri Lanka, penglibatan saya bermula apabila saya dijemput sebagai ahli panel jawatan kuasa perlembagaan yang tediri daripada wakil-wakil universiti, organisasi antarabangsa dan anggota LTT bagi memulihkan proses perdamaian yang dimediasi oleh Norway pada tahun 2003. Tetapi usaha perdamaian ini tidak berhasil dan perang diteruskan sehingga LTTE dihapuskan sepenuhnya pada Mei 2009. – Ramasamy.

Ramasamy kemudian turut menceritakan pula penglibatan beliau sebgai perunding konflik diantara Gerakan Acheh merdeka (GAM) dan Republik Indonesia yang berakhir dengan Aceh diberikan kuasa autonomi.

“Penglibatan saya di Aceh (Serambi Mekah) sebagai perunding konflik diantara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan Republik Indonesia pada tahun 2015 telah berhasil dengan termeterainya perjanjian Helsinki… Pada Tahun lepas, saya telah dijemput oleh Wali Nanggroe Aceh, Malik Mahmud untuk Majlis ulang tahun Perjanjian Helsinki yang merupakan satu signifikasi bersejarah bagi Aceh”  – Ramasamy.

Selain itu, Ramasamy juga berkata beliau pernah dilantik sebagai perunding perdamaian untuk  FARC di Colombia dan Mindanao, Filipina selain menyokong perjuangan Palestin Liberation Organisation (PLO) semasa beliau menjadi ahli parlimen.

Kenyataan  P. Ramasamy yang dikeluarkan hari ini dilihat untuk menenangkan satu himpunan besar-besaran yang dijadualkan hari Jumaat ini yang menuntut beliau meletak jawatan berhubung dakwaan penglibatan beliau dengan LTTE. Menurut satu poster yang dinaikkan oleh aktivis Yusuf Azmi, perhimpunan tersebut akan diadakan di perkarangan masjid Jamek Simpang Enam di Georgetown, Pulau Pinang. Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 3700 perkongsian dan 11000 likes.

Ketegangan ini muncul berikutan desakan berterusan P. Ramasamy supaya Putrajaya menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India.  Beliau mendakwa kerajaan India telah melakukan permohonan ekstradisi supaya Malaysia menghantar pulang pendakwah tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut satu hantaran oleh peguam Zakir Naik, Azam Aziz, pihak PDRM telah menjawab surat beliau mengesahkan tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh negara India.

“Pihak PDRM telah membalas surat kami dan mengesahkan bahawa setakat ini, tiada sebarang permohonan ekstradisi di buat oleh Kerajaan India terhadap DZN. Oleh itu, tiada sebarang isu berkaitan penghantaran balik beliau relevan untuk di bincangkan buat masa ini. “ Azam Aziz.

Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang,

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata:

“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa.” Tun Dr Mahathir

Zakir Naik merupakan pendakwah Islam berasal dari India yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau berulang-kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.K

Kerajaan BN sebelum ini telah memberikan status penduduk tetap kepada Dr Zakir Naik dan beliau dilaporkan kerap berada di Malaysia sejak itu. -TTKM –

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.