“Harga daging naik? Gunalah kuasa pengguna! “

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna untuk menggunakan hak mereka sebagai pengguna dengan bijak membuat pemilihan pembelian harga munasabah membabitkan produk daging, menurut laporan Sinar Harian.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjual pula dinasihatkan untuk mengamalkan etika perniagaan yang baik bagi memastikan harga daging yang dijual kepada pengguna tidak terlalu tinggi.

“Kerajaan hanya boleh beri nasihat dan syor kepada pengguna untuk guna hak mereka sebagai pengguna. Manakala, penjual pula dinasihatkan untuk lebih beretika.

“Bagaimanapun, saya berpendapat, langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan harga (daging) tidak membebani pengguna ialah membabitkan struktur usaha mencukupkan jumlah pengeluaran makanan,” – Saifuddin Nasution

Saifuddin berkata, bekalan daging di negara ini ada yang merupakan keluaran tempatan dan ada juga yang diimport.

Menurutnya, nilai import makanan negara adalah sebanyak RM51 bilion dan eksport pula sebanyak RM31 bilion.

“Wujud defisit sebanyak RM20 bilion… sangat tak seimbang. Itu kerana ketidakupayaan kita mengeluarkan makanan yang mencukupi termasuklah keperluan daging.Dulu pernah ada projek NFC (National Feedlot Corporation) tapi gagal,” – Saifuddin Nasution

Ini bukan pertama kali Saifuddin mengeluarkan kenyataan yang berunsur “Mat Maslan”. Sebelum ini beliau menyatakan GST atau SST , hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.

“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang dilakukan oleh portal KiniTV.

Sebelum itu, ketika ditanya sama ada kesan kenaikan itu adalah lebih teruk semenjak GST berkadar sifar pada Jun, sambil mencampakkan cermin mata dan mengelap mukanya dengan tangan, Saifuddin menjawab dengan bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris.

I akan hanya cakap setelah, I mendapat, official dan credible report. Macam ni kan, I akan hanya boleh bercakap setelah ada bukti-bukti emparikal dibuat.
Then, only I can see. tapi kalau I nak buat andaian bahawa pelaksanaan SST itu tidak akan memberikan kesan kepada kenaikan, I can’t. Sebab tak ada lagi sebarang kajian emparikal.Tapi kalau kita sandarkan pada pengalaman dulu, dulu kita ada SST, kos sara hidup sedemikian. Kemudian kita ada GST, kos sara hidup meningkat. sekarang kita zero ratedkanGST, begini. Apakah kembali pada SST itu akan memberikan kesan kenaikan juga? – Dato’ Saifuddin Nasution

Tidak selesa diasak oleh pertanyaan, Saifudin bertanya pula kepada wartawan:

Polisinya yang kita faham adalah kalau harga barang itu mahal, kerajaan beri subsidi maka harga itu murah. Itu cara berfikir kita. Tapi ada tak barang kawalan
yang tak perlu kerajaan beri subsidi tapi boleh diturunkan harga? –Dato’ Saifuddin Nasution

Apabila ditanyakan apakah contoh barang kawalan tersebut, Saifudin dengan menyelak-nyelak helaian kertas di atas mejanya cuba mencari jawapan, tetapi gagal berbuat demikian.

“Sebagai contohlah, I belum lagi boleh buat keputusan, tapi I sedang meneliti sekarang. Sebenarnya ada.Tapi I have to study.”  –Dato’ Saifuddin Nasution

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.