“Kenapa tak bagi peruntukan pada sekolah persendirian Cina?” – DAP

Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), lapor Malaysiakini.

Perkara ini berlaku selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

“KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional,” Dr Maszlee Malik

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN,” – Wong Kah Woh

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan “ibu bapa tertentu” untuk menukar warna kasut sekolah ke warna hitam berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

“Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN,” – Ong Boon Piow

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

 UEC – Maszlee : tunggu dulu. Teo Nie Ching : Sebelum akhir tahun

Kritikan terbuka DAP terhadap menteri pendidikan itu dilihat bertitik tolak apabila berlaku perselisihan faham di antara beliau dan timbalan menteri pendidikan berhubung pengiktirafan sijil UEC.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu ia dilakukan segera manakala Maszlee berkata satu kajian yang holistik perlu diadakan terlebih dahulu sebelum perkara itu diputuskan. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version