Khazanah: “Keputusan letak jawatan bijak!” – Lim Guan Eng.

Kuala Lumpur, 26 Julai : Menteri Kewangan memuji keputusan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar dan 8 lagi pengarah sebagai langkah bijak, lapor Malaysiakini.

“Ini keputusan yang bijak membolehkan perdana menteri ruang untuk membuat keputsan beliau. Memang Perdana Menteri yang akan membuat keputusan akhir, lagipun, beliau memang Perdana Menteri. Saya fikir kita harus serahkan perkara ii kepada kebijaksanaan perdana menteri.” – Lim Guan Eng.

Terdahulu, hazanah Nasional mengesahkan 9 ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional termasuk Pengarah Urusan, Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Nor Md Yusof, telah menawarkan diri untuk meletak jawatan.

“Ini dilakukan untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baru. Lembaga pengarah sekarang telah diberi penghormatan untuk berkhidmat, dan merasakan sesuai untuk menawarkan kepada kerajaan baru budi bicara dan mengesahkan hak prerogatif untuk membentuk lembaga pengarah baru,”  – Kenyataan Khazanah.

Syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu berkata ia akan mengeluarkan kenyataan lanjut sebaik sahaja mempunyai butiran mengenai pembentukan semula lembaga pengarahnya.

Sebelum itu,  Strait Times melaporkan bahawa lembaga pengarah Khazanah telah menandatangani dan menghantar surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh ke Putrajaya.

Perkembangan ini dilihat sebagai tanda-tanda lebih banyak perubahan peringkat atasan di GCL pada minggu-minggu hadapan.

Tambah laporan Strait Times, Tan Sri Azman dan pengarah-pengarah Khazanah telah mengadakan mesyuarat lembaga khas pada lewat petang Selasa (24 Julai) dan memutuskan untuk menandatangani surat perletakan jawatan yang kemudiannya dihantar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Keputusan ini berlaku beberapa minggu selepas PM mengkritik Khazanah yang menurut beliau telah telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk membantu bumiputera, dengan memperkayakan dirinya sendiri.

Beliau berkata Putrajaya akan mengkaji semula syarikat-syarikat di mana Khazanah mempunyai kepentingan di dalamnya dan melakukan penyusunan semula agar syarikat itu kembali kepada peranannya yang asal.

“Sangat jelas mereka sekarang melakukan semua perkara yang pelik. Mereka membeli rumah-rumah dan mengambil alih syarikat” – Tun Dr Mahathir.

Di media sosial, siapa yang akan menjadi ahli lembaga pengarah menjadi teka-teki di kalangan netizen. Ada yang gusar kroni pihak-pihak tertentu akan dilantik menerajui badan pelaburan terbesar negara itu.

Ahmad Tajuddin dia saja push2 biar semua letak jawatan, nanti boleh ganti semua orang dia, orang mana tau taktik dia, manusia paling lama menjajah malaysia.

Tuan Side Apa nk jadi negaraku makin jahanam tahun ni ade ke x dividen asb,kwsp,tabung haji mahacai xpela makan tomato mnum kencing da ckup

Ahmed Qalha Shah Bagus, ini yang kita nak.. Saya cadangkan CEO khazanah yg baru adalah Udin Ayub.. Beliau akan membina 72 buah pejabat khazanah untuk 7 orang pekerja sahajaa. CFO pula wajar diberikan kepada Mat Mazlee, beliau akan baiki performance badan foundation terbesar ini dengan mengkaji berat bag pekerja disamping penukaran warna kasut yang lebih seragam hitam. Perubahan perlukan langkah,langkah haruslah dengan kaki. kaki pula perlukan kasut. So, Bijakkan Mat Mazlee? #khazanahtomato

Mohd Khairul Nizam Selain itu khazanah yg br nnt perlukan ahli matematik genius spt lapiji. Ini kerana pd dasarnye lapiji mempunyai perkiraan plg tepat & boleh mengimbangi jawatan sbg ahli lembaga..#lapijipakarmatematik #geniustahapdewa
#kencingjangantakkencing

Tun Razak xxxx dah letak orang dia macam dia letak kat TH.. Lepas nie ada lagi beberapa..

Amir Akim nk bg kroni ler tu. bukan xknl prangai. anak2 kaya dtg dr mana? hagajaha

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version