Khazanah: Semua ahli lembaga pengarah letak jawatan

PETALING JAYA: Khazanah Nasional mengesahkan 9 ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional termasuk Pengarah Urusan, Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Nor Md Yusof, telah menawarkan diri untuk meletak jawatan, lapor Malaysiakini.

“Ini dilakukan untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baru. Lembaga pengarah sekarang telah diberi penghormatan untuk berkhidmat, dan merasakan sesuai untuk menawarkan kepada kerajaan baru budi bicara dan mengesahkan hak prerogatif untuk membentuk lembaga pengarah baru,”  – Kenyataan Khazanah.

Kenyataan Khazanah

Syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu berkata ia akan mengeluarkan kenyataan lanjut sebaik sahaja mempunyai butiran mengenai pembentukan semula lembaga pengarahnya.

Sebelum itu,  Strait Times melaporkan bahawa lembaga pengarah Khazanah telah menandatangani dan menghantar surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh ke Putrajaya.

Perkembangan ini dilihat sebagai tanda-tanda lebih banyak perubahan peringkat atasan di GCL pada minggu-minggu hadapan.

 

Ia turut disertai ahli lembaga pengarah lain iaitu Datuk Seri Nazir Razak, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Datuk Nirmala Menon dan Yeo Kar Peng.

Tambah laporan Strait Times, Tan Sri Azman dan pengarah-pengarah Khazanah telah mengadakan mesyuarat lembaga khas pada lewat petang Selasa (24 Julai) dan memutuskan untuk menandatangani surat perletakan jawatan yang kemudiannya dihantar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Keputusan ini berlaku beberapa minggu selepas PM mengkritik Khazanah yang menurut beliau telah telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk membantu bumiputera, dengan memperkayakan dirinya sendiri.

Beliau berkata Putrajaya akan mengkaji semula syarikat-syarikat di mana Khazanah mempunyai kepentingan di dalamnya dan melakukan penyusunan semula agar syarikat itu kembali kepada peranannya yang asal.

“Sangat jelas mereka sekarang melakukan semua perkara yang pelik. Mereka membeli rumah-rumah dan mengambil alih syarikat” – Tun Dr Mahathir.

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version