Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

PRK Sg Kandis : “Ahli PAS, sila pangkah UMNO!” – Nik Abduh

2 min read

oleh : Nik Mohamad Abduh

Selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding di PRK Sungai Kandis, PAS telah membuat satu lagi kenyataan yang jelas bahawa undi ahli parti dan penyokongnya di Sungai Kandis adalah tidak kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

f52725d156141f1d3177866c5cb2f5c8
Calon bertanding PRK Sg. Kandis. PKR, Bebas dan BN (UMNO) 

PAS juga dalam kenyataannya tidak memberikan kata putus atau memastikan ahlinya mengundi calon BN yang diwakili oleh Umno.

Mengapa? Jawapannya BN bukanlah rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera. Jadi, tiada arahan wajib yang memestikan ahlinya mengundi Umno BN.

Sebaliknya, PAS yakin dengan kebijaksanan ahlinya di dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik. Petunjuknya adalah:

Mengundi adalah satu kewajipan demi kebaikan negara yang memerlukan pemimpin yang baik untuk menerajuinya. Justeru PAS menyeru ahlinya agar keluar mengundi.

Arahan PAS adalah menolak kerajaan HARAPAN. Sikap dan pendirian PAS terhadap HARAPAN adalah sama, sama ada sebelum atau selepas PRU ke-14, iaitu menolak mereka.

Bagi PAS, HARAPAN bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Ancaman terhadap kedaulatan agama Islam, keadaan ekonomi dan sektor-sektor lain yang tidak stabil selepas PRU ke-14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS.

Kegagalan awal kerajaan HARAPAN untuk mengotakan janji-janji awal manifesto, beberapa kenyataan oleh pemimpin utamanya yang berbelit-belit bagi menjustifikasikan kegagalan mereka mengotakan janji itu, kegagalan mengawal prestasi ekonomi negara yang semakin perlahan.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n

Selain itu, tindakan dan kenyataan demi kenyataan oleh pemimpinnya yang mengelirukan dan boleh menggugat kerukunan perlembagaan dan Islam adalah menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan HARAPAN hari ini.

Umno adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa.

Kehendak HARAPAN untuk menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU akan datang adalah jelas melalui ucapan beberapa pemimpin utamanya.

Mengundi HARAPAN bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu mereka untuk mengalahkan PAS. Ertinya, tindakan ahli PAS mengundi HARAPAN adalah seperti menikam diri sendiri.

Umno telah hilang nafsunya untuk mengalahkan PAS. Tiada kenyataan yang zahir dan tindakan yang nyata oleh pemimpin utamanya yang menunjukkan sedemikian.

Ertinya, Umno bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini. Malah, beberapa petunjuk baru menunjukkan parti itu sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalu-alukannya.

Ada yang berhujah menghentam PAS dengan berkata PAS berusaha menghidupkan Umno. PAS hanya bersandiwara, kata mereka.

Saya berkata, PAS menghidupkan Umno dengan memberi kesedaran kepada Umno dengan Islam. Umno adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa.

Kesedaran Umno adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini. Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya.

Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi Umno? Saya jawab – Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami.

Selamat mengundi demi agama dan negara.


NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS dan anggota parlimen Bachok. Kenyataan ini dinaikkan di Facebook beliau dan merupakan pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya mewakili pendirian TTKM  – Editor

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: