Georgetown, 27 Julai: Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan menafikan beliau adalah seorang anggota pengganas yang terlibat dengan LTTE, sebaliknya beliau adalah pejuang kebebasan dan cuma terlibat sebagai jawatankuasa panel perlembagaan.
“Di Sri Lanka, penglibatan saya bermula apabila saya dijemput sebagai ahli panel jawatan kuasa perlembagaan yang tediri daripada wakil-wakil universiti, organisasi antarabangsa dan anggota LTT bagi memulihkan proses perdamaian yang dimediasi oleh Norway pada tahun 2003. Tetapi usaha perdamaian ini tidak berhasil dan perang diteruskan sehingga LTTE dihapuskan sepenuhnya pada Mei 2009. – Ramasamy.
Melalui satu kenyataan 2 muka surat yang dikeluarkan oleh pejabat beliau itu, P. Ramasamy turut menceritakan perihal penglibatan beliau dalam usaha perdamaian di negara Colombia, Filipina dan Indonesia.
Walau bagaimanapun, TTKM mendapati penglibatan beliau kepada LTTE bukan setakat menjadi panel jawatankuasa perlembagaan, malah beliau turut bersimpati dengan perjuangan LTTE walaupun setelah pertubuhan tersebut lumpuh sepenuhnya pada 2009.
Berikut merupakan bukti-bukti hantaran-hantaran beserta pautannya di facebook P. Ramasamy:
4.
5.
9.
Kenyataan P. Ramasamy yang dikeluarkan kelmarin dilihat untuk menenangkan satu himpunan besar-besaran yang dijadualkan hari Jumaat ini yang menuntut beliau meletak jawatan berhubung dakwaan penglibatan beliau dengan LTTE. Menurut satu poster yang dinaikkan oleh aktivis Yusuf Azmi, perhimpunan tersebut akan diadakan di perkarangan masjid Jamek Simpang Enam di Georgetown, Pulau Pinang. Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 3800 perkongsian dan 12000 likes.
Ketegangan ini muncul berikutan desakan berterusan P. Ramasamy supaya Putrajaya menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India. Beliau mendakwa kerajaan India telah melakukan permohonan ekstradisi supaya Malaysia menghantar pulang pendakwah tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut satu hantaran oleh peguam Zakir Naik, Azam Aziz, pihak PDRM telah menjawab surat beliau mengesahkan tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh negara India.
“Pihak PDRM telah membalas surat kami dan mengesahkan bahawa setakat ini, tiada sebarang permohonan ekstradisi di buat oleh Kerajaan India terhadap DZN. Oleh itu, tiada sebarang isu berkaitan penghantaran balik beliau relevan untuk di bincangkan buat masa ini. “ Azam Aziz.
Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang,
Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata:
“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa.” Tun Dr Mahathir
Zakir Naik merupakan pendakwah Islam berasal dari India yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.
Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau berulang-kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.K
Kerajaan BN sebelum ini telah memberikan status penduduk tetap kepada Dr Zakir Naik dan beliau dilaporkan kerap berada di Malaysia sejak itu. -TTKM-
1 Comment