
LUAHAN SEORANG BERHARAPAN
Oleh :Kiridaren Jayakumar
Kita baru sahaja mendengar bahawa program MyBrain telah ditangguhkan kerana peruntukan RM90 juta untuk program tersebut tidak dapat dilakukan kerana menteri mendakwa hutang negara kini terlalu tinggi. Adakah beliau ingin mengatakan program tersebut suatu pembaziran? RM90 juta ini adalah 0.0035% daripada bajet pendidikan kita. Walaupun nisbah itu kecil, ia dapat mengubah masa depan negara kita dan pelbagai pelajar rakyat Malaysia, dan pelajar-pelajar ini juga akan mengubah negara kita.
Walaupun hutang kita adalah dalam paras 50.5%, dan mungkin akan naik kepada 52-53% dalam 2 tahun, ia masih bawah paras bahaya 55%. Jepun yang ada hutang terlalu tinggi (253%) pun masih memperkasakan rakyat lagi. Tabung Harapan sudah ada RM162 juta, kenapa tidak digunakan untuk masyarakat?
Saya adalah seorang yang bekerja swasta yang bergaji tidak mencecah RM2,800 lagi, namun saya tidak mahu hidup saya hanya sebagai “modern slave” of capitalists iaitu hamba moden kapitalis. Setiap orang yang bekerja hendak mengubah dasar hidupnya, sepertimana kita hendak mengubah dasar negara kita. Itu adalah kemajuan dan ketamadunan yang diiringi naluri kita dan sejarah tamadun dunia.
Mungkin ada orang tanya , “perlu kah kita ada PhD, tengoklah autodidact yang lain?”
Saya adalah penyebar buku dalam bentuk PDF. , Epub. atau format digital lain supaya semua orang boleh membaca. Memang betul Leonardo da Cinvi tidak ada PhD, tetapi itulah bakat genius dia. Saya hendak mengisahkan seorang yang saya amat menghormati dan mengambil sebagai pedoman intelektual saya, Professor Noam Chomsky. Senang dikatakan, jika tiada beliau, atau jika saya tidak membaca buku dia pada tahun 2015 pertengahan, saya mesti tidak dapat mengubah dasar pemikiran global saya, kedahagaan ilmu dan sejujurnya prestasi saya di universiti saya tidak akan berubah(prestasi saya berubah selepas saya hendak mengubah saya menjadi intelektual seperti Prof. Noam). Jika tiada Prof. Noam Chomsky, tiada saya. Prof. Noam membaca artikel,majalah,buku, jurnal dan pelbagai lagi dan dia memang seorang yang berpengalaman dalam pelbagai isu. Mungkin saat ini pendidikan, lepas itu linguistic, lepas itu economic, lepas itu political theory dan sebagainya. Dia berpengetahuan luas dan lebar dan dalam, dalam istilah breadth and width and depth. Kita telah lama tertinggal era Enlightment, Renaissance dan Islamic Golden Age di mana pelbagai ahli berfalsafah mempelajari pelbagai bidang dan ilmu sosial dan sains. Ini dipanggil generalist. Industrialisasi membuat kita mementingkan specialist di dalam era ini. Dan saya tahu memang kita boleh menimba ilmu dengan sendiri dan belajar secara autodidact, tetapi perlu kita berfikir lebih dari isu ini. Saya rasa kita perlu mendengar alasan orang yang membuat Masters atau PhD.
Saya tidak hendak jadi hamba kapitalis sampai umur 55 , bersara dan memakai duit pencen dan mati. Saya tidak suka idea hidup tersebut dan saya sedang memberi segala sedaya upaya untuk tidak menjadi tersebut. Harapan saya terhadap makna diri dan maksud diri adalah untuk menjadi seorang pengajar atau intelektual dalam bidang Sosiologi dan Anthropologi. Mungkin ada orang tahu, mungkin ada orang yang tidak tahu. Saya perlu menerangkan bagaimana Mybrain dapat menolong. Apakah tujuan saya hendak Masters atau PhD. dan bagaimana biasiswa boleh tolong?
Dengan gaji tersebut, saya perlulah berfikir tentang kos hidup, kos PTPTN, kos makan, kos sewa dan sebagainya. Saya belum beli kereta sebab setakat ini tidak perlu. Tetapi, memang saya faham keadaan akan perlu untuk membeli kereta(RM500 sebulan) dan kita pun bukan muda sangat, perlu berfikir pasal kos perkahwinan(tidak hendak membebani ibu,bapa meninggal). Dan tambahkan kos menjaga ibu. Kos beli rumah. Kos buka kedai buku. Belum kita kira kos sara hidup tadi dan kos hutang PTPTN dan juga hasrat untuk membuka sebuah kedai buku kecil(Tanpa pekerja). Lepas itu, fikirkan kos jaga isteri dan anak. Dalama kos hidup seorang bourgeois, saya perlu lagi berfikir tentang kos pengubahan hidup iaitu kos Degree,Masters dan PhD dalam Sociology dan Anthropology. Walaupun dah ada degree di Business Administration, saya perlu tahu beberapa istilah dan hendak mendalami subjek Sociology tersebut. Di sinilah peranan biasiswa datang, dengan kos sebegitu banyak, pada usia 30-an dengan pelbagai beban, memang susah untuk kita mendapat membiayai kos pendidikan Masters. Di situlah masalah saya setiap hari selepas bangun.
Untuk degree, saya kena ada RM600 sebulan, RM2,400 satu sem di OUM. Saya perlu mencarinya dengan kerja swasta RM2500, tuition Mandarin dan budak sekolah dan juga part-time jual buku di facebook.com/peoplebookshop. Saya masih yakin bahawa degree akan dimulakan pada January 2019. Tetapi, masters(2023) dan PhD(2025), tanpa biasiswa, ia amat susah dan saya pun telah hampir putus asa untuk belajar di SOAS, London sebab kos amat tinggi. Secara ringkasnya, begitu susah untuk kita hendak keluar dari sarang yang kita terperangkap. Tujuan saya hendak mendapat Masters dan PhD. adalah untuk menjadi pensyarah Sociology dan berhasrat untuk mendalami pelbagai masalah sosial dan masalah bangsa negara, saya berhasrat untuk mengaji lebih tentang bagaimana kita hendak membuat Bangsa Malaysia secara pemikiran identiti integral rakyat negara yang terpisah dari pelbagai ras/kaum, saya juga hendak membuat pelbagai kajian terhadap masyarakat kita seperti isu kanak-kanak dan paedophilia, isu wanita, isu rakyat bekerja kurang dan pelbagai isu yang merentasi pelbagai bidang kemanusiaan atau secara ringkasnya ilmu manusia. Secara konklusinya , saya perlu mendapat 3.5 CGPA dalam Degree Sociology by hook or crook untuk mendapat biasiswa di dalam atau di luar negara untuk membuat Masters dan PhD.
Tepuk dada dan bertanya, adakah manusia di alam kapitalis ini tidak mementingkan sijil univerisit? Bukan ke itu menjadi tujuan ramai orang belajar degree untuk kerja? Di manakan pejuang yang kata ,”kenapa belajar degree, Leonardo da Vinci mana ada?”. Ramai yang tidak mencintai ilmu dalam universiti, dan tidak tahu apakah mereka sedang melakukan dan segala yang dilakukan oleh mereka adalah untuk cari pendapatan untuk hidup dan menyimpan pendapatan itu sampai boleh mati dengan selamat. Tetapi, ramai orang yang masih hendak memprogresskan(memajukan) bidang ilmu yang mereka suka, untuk saya Sociology, untuk lain mungkin psychology, geopolitics, international relations, political science, agriculture dan sebagainya. Orang yang hidup untuk ilmu akan senantiasa hendak ada kesinambungan kemajuan ilmu tersebut. Masyarakat sering menganggap orang yang ada Masters dan PhD sahaja boleh bersuara dan mereka sudi mendengar, forum kemasyarakatan dan keilmuan pun sering memanggil orang yang ada Masters atau PhD. untuk menjadi panel mereka, so salahkah kita hendak menjadi panel forum juga? Sampai sekarang, pernah ada intelektual ekonomi dan bidang lain tanya, you bukannya ada Masters atau bekerja di tempat tinggi, point itu invalid. Di sinilah masalah masyarakat kita. Apabila MyBrain ditamatkan, Leonardo la, autodidact keluar, tapi tak pernah tanya kenapa masyarakat utamakan orang Masters dan PhD….
Jadi, berapa orang yang bekerja yang hendak mendapat Masters dan PhD pada tahun 2019 bangun dengan harapan mereka yang berkecai pada pagi ini? Kawan saya, hanya bergaji RM2,000 , dia perlu jaga adik dia dan ibu bapa dia, saya dan dia baru bercakap pasal boleh ke jaga kos hidup dan keluarga. Dia kata dengan saya,”Bro itulah saya nak buat Masters nanti untuk ada promotion kerja.”
Inilah harapan orang Malaysia, inilah harapan graduan untuk memajukan diri, masyarakat, negara dan paling penting ilmu mereka.
Kenapa seringkali semua diambil daripada rakyat, kenapa kerajaan tidak berkreativiti untuk mengambil sumber pendapatan negara yang lain, kenapa tidak cukai yang terkaya dan korporat?
Sebagai rakyat Malaysia, belajar atau tidak, buat Masters atau PhD atau tidak, bekerja atau tidak, tolong lawan untuk MyBrain dan buat kerajaan PH yang popular dengan pelbagai U-turn untuk U-turn sekali lagi!
Hari ini baru , kawan anda, jiran anda, atau anda yang kena, perlukah anak Malaysia yang bekerja nanti kurang biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan cita-citanya hendak menjadi Menteri Pendidikan Malaysia 2018 seperti Dr. Maszlee Malik yang ada PhD. dan biodata yang hebat(yang juga memberi dia lebih pengaruh untuk menjadi Menteri Pendidikan) atau Menteri Belia Sukan seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ada Masters.
Ini adalah hak orang Malaysia yang sedang diswastakan supaya dasar ikat perut(austerity) dijayakan, di mana pihak swasta dan pihak penyumbang hutang akan membuat rakyat bergantung kepada mereka. Ini juga adalah hak orang miskin dan “middle class”(berpendapatan sederhana) untuk berilmu.
Gaji pendapatan pun tidak dinaikkan setimpal dengan perbelanjaan kita, tetapi semua diambil daripada kita.
Jangan lepaskan.
Ini baru isu pendidikan, belum mati pun. Cuba bayangkan penswastaan dalam kesihatan. Mampukah kita?
(Kiridaren adalah seorang anak muda yang berminat dalam masalah sosial negara dan perpaduan integrasi negara tanpa perbezaan identiti sosial. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- editor)
Leave a Reply