MyBrain tangguh, NoBrain ke kamu Dr Maszlee?

Oleh Editorial TTKM:
Dr Maszlee Malik, kamu bicara pasal hutang negara sebagai alasan menangguhkan MyBrain, tetapi kamu ada bicara mengenai GDP negara? Hutang negara tak sampai pun 60% dari GDP kenapa kamu tidak ceritakan hal itu? Sampai bilakah mahu meneruskan propaganda hutang 1 trillion?

Di Jepun, hutang negaranya trillion-trillion juga, malah melebihi 200% GDP mereka, ada atau tidak mereka potong perbelanjaan untuk pendidikan? Ada atau tidak mereka beri alasan tidak boleh melakukan perkara itu ini semata-mata kerana hutang negara tinggi?
Eh, hutang negara ni kena bayar esok kah?
Nampaknya ada betulnya kenapa  sebelum ini ada ramai yang membantah Maszlee sebagai menteri pendidikan dulu. Beliau seperti tidak tahu mana yang hendak diutamakan.
Yang beliau tahu ialah legasi kerajaan lama perlu disekat, caranya? Guna sahaja alasan perlu ikat perut kementerian, kononnya hutang negara terlalu tinggi.
Oh benarkah hutang banyak? Tetapi apabila DAP bising peruntukan tidak diberikan kepada sekolah persendirian Cina, boleh pula kamu salurkan? Mana satu keutamaan?
Kalau perkara asas begini tak tahu mana nak bezakan yang lebih utama, lebih baiklah kamu letak jawatan secara terhormat! 
Kami teringat satu ketika dulu, ada serangkap pantun yang tidak lengkap, mungkin Dr Maszlee boleh bantu lengkapkan. -TTKM-
Capture.JPG

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.