MENTERI PH: TARIF AIR SELANGOR NAIK. AIR PERCUMA DIKAJI SEMULA.

Oleh : Anti-Wayang

Menteri dan Ahli Parlimen Selangor PH, Xavier Jayakumar berkata tarif air Selangor tentu akan naik tidak lama lagi. Pemberian air percuma juga akan dikurangkan.

Sebelum PRU14, bekas MB Selangor TS Khalid Ibrahim sering memberi amaran bahawa rancangan kerajaan Selangor untuk membeli syarikat air swasta SPLASH dengan harga RM2.7 billion akan memberi kesan kepada harga air Selangor dan membebankan rakyat. TS Khalid kata harga SPLASH cuma RM250 juta dan bukan RM2.7 billion kalau mengikut formula yang sama untuk pembelian syarikat air swasta seperti SYABAS, Puncak Niaga dan Kumpulan Abbas yang beliau telah laksanakan dulu.

Tetapi pemimpin-pemimpin PH terutama dari PKR berkata harga RM250 juta terlalu rendah dan ini digunakan sebagai satu dari fitnah2 untuk menumbangkan TS Khalid sebagai MB.

SPLASH dimiliki 30% oleh seorang peniaga bergelar Tan Sri yang juga penyumbang dana kepada PKR dan pernah menjadi ahli lembaga badan penyelidik PKR bernama Institut Rakyat.

Pagi ini, media melaporkan bahawa pembelian SPLASH akan dilaksanakan awal bulan depan dengan harga sebanyak RM2.7 billion: dibiayai RM800 juta dari dana Selangor dan pinjaman RM1.9 billion dari kerajaan pusat.

Menteri air yang juga ahli parlimen Kuala Langat di Selangor Xavier Jayakumar sendiri memaklumkan pembelian ini tentu akan menaikkan tarif air Selangor dan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor wajar dikurangkan.

Sebelum PRU14, semua boleh dan semua cantik.

Selepas PRU14, amat cepat pula kezaliman PH kepada rakyat, ia semakin nyata!

Boleh rujuk berita disini: https://www.malaymail.com/s/1656826/higher-tariffs-from-selangors-water-restructuring-minister-predicts

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.