Apa kemungkinan akibat UEC diiktiraf?
Oleh : Arif Atan
Kalau kerajaan iktiraf juga demi nak ambil hati pengundi Cina, daripada 60 SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina) membiak kepada 600, 6000 SMPC. Setiap kali musim Pilihan Raya Umum (PRU), pendidikan Cina akan menjadi antara janji utama sama ada parti pemerintah dan parti pembangkang dengan mengeksploitasi prinsip keadilan, hak asasi manusia dan ‘Malaysia Baru’.
Desakan kepada keperluan TANAH untuk bina sekolah baru meningkat. Lebih banyak peruntukan negara mengalir masuk ke kantung SMPC yang sudah sedia gemuk ditanggung taikun perniagaan.
Pendidikan kebangsaan semakin ditinggalkan masyarakat Cina termasuk kategori yang bukan ultra terpaksa mengikut arus jika mahu selamat. Jurang integrasi nasional kian meruncing. Pasaran kerja sektor swasta yang sudah sedia dikuasai Cina kini akan semakin ketara mengutamakan kaum sendiri.
Syarat kerja berbahasa Mandarin atau ‘Chinese Only’ makin berleluasa. Kadar pengangguran lepasan pendidikan aliran kebangsaan termasuk anak Cina marhaen juga Cina di wilayah seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang semakin meningkat.
Lepasan UEC masuk banjiri universiti awam dan perkhidmatan awam. Sidang media, kenyataan media oleh kerajaan akan dibuat versi bahasa Mandarin kepada masalah penguasaan bahasa kebangsaan daripada pihak menteri/wakil rakyat dan media berbahasa Cina.
Bibit-bibit konflik antara kaum dan rasa tidak puas hati Melayu dan Bumiputera kian meruncing tapi bantahan tak puas hati kepada Cina itu akan dipatahkan dengan hujah mudah ‘jangan rasis’. Apa yang Cina cakap dan Cina mahu tidak rasis tapi direkayasa sebagai ‘meraikan kepelbagaian’, ‘berfikiran terbuka’ dan ‘hak’ baru ‘negara boleh maju’.
Lagi tempoh 10, 20 tahun dapat jawatan pegawai tinggi kerajaan, kuasai pentadbiran universiti, lebih ramai jadi Ahli Parlimen dan Adun, gubal undang-undang, dasar negara cenderung berkepentingan Cina.
Lagi 30, 50 tahun Bahasa Mandarin jadi bahasa rasmi Malaysia sebab tuntutan UEC diiktiraf dan desakan supaya Menteri Pendidikan salur peruntukan kepada SMPC akan terhenti begitu sahaja?
Itu semua tak mustahil ketika pemimpin Melayu hari ini pun majoritinya bacul tunduk pada kelompok rasis dalam masyarakat Cina, takut mempertahankan prinsip kenegaraan, kecut untuk menegakkan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
(Arif Atan merupakan seorang wartawan dan juga pimpinan muda Amanah Wilayah Persekutuan. Artikel ini adalah pendapat peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor)