Isu MyBrain & SPMC: Dr Maszlee enggan komen.

Sungai Kandis, 29 Julai : Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik enggan menjawab sebarang soalan mengenai peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan program MyBrain, lapor Malaysiakini.

Bercakap kepada pemberita, kehadirannya di Sungai Kandis adalah bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan meminta isu itu tidak ditanya pada masa ini.

“Tak, tak (hanya komen) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK), OK, terima kasih,”  – Dr Maszlee Malik

Ketika ditanya mengenai program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) yang ditangguhkan, Maszlee berkata:

“Akan dibuat kenyataan, tapi sekarang tolong ambil kenyataan saya, kita sokong penuh Zawawi berada dalam DUN Selangor,” – Dr Maszlee Malik

Sebelum ini Maszlee berkata SMPC tidak akan mendapat peruntukan kerajaan menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen.

Susulan itu, dua wakil rakyat daripada DAP membidas jawapan menteri pendidikan itu.

breaking-news (3)

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN,” – Wong Kah Woh

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan “ibu bapa tertentu” untuk menukar warna kasut sekolah ke warna hitam berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

“Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN,” – Ong Boon Piow

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

Maszlee kemudian mengesahkan peruntukan akan disalurkan kepada sekolah persendirian Cina.

Pengesahan itu dibuat beliau melalui satu kenyataan melalui WhatsApp kepada media Cina dalam bahasa Cina, tiada langsung kenyataan dalam BM ataupun BI. Perkara ini dikritik oleh MP Ayer Hitam, Wee Ka Siong.

“Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan Bahasa Kebangsanan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan. Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam Bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam Bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?” – Wee Ka Siong. 

Baca juga :  MyBrain ditangguh: Calon tunggu 5 jam untuk temuduga kecewa.

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.