Isu ucapan kontroversi Kula Segaran, seorang cikgu kecewa.
Petaling Jaya, 29 Julai : Seorang guru kecewa dengan ucapan kontroversi yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran baru-baru ini yang dilihat tidak dapat membezakan di antara bangsa dan agama.
Guru tersebut berkata demikian apabila dihubungi oleh TTKM. (Kami tidak menyiarkan nama guru tersebut atas permintaan beliau)
“Sangat menyedihkan terdapat menteri yang bodoh dari kerajaan baharu”
Tambah guru itu lagi, dalam buku teks KSSM Sejarah tingkatan 2, menyatakan dengan jelas perkara ini.
“Dalam buku teks KSSM Sejarah tingkatan 2 jelas menyatakan penduduk Alam Melayu sekitar Asia Tenggara dahulunya menganut fahaman animisme, yang kemudiannya beralih kepada Hindu, seterusnya Buddha dan akhirnya Islam tiba melalui perdagangan. Walaupun demikian bukan semua kerajaan Alam Melayu menganut agama Islam. Masih ada yang kekal beragama Buddha; sebagai contoh, Thailand, Cambodia, Vietnam, dan Myanmar”
Guru tersebut kemudian menerangkan dengan lebih terperinci.
“Sebenarnya begini. Orang India beragama Hindu bukan datang beramai-ramai ke Sungai Batu di Lembah Bujang itu dan sebarkan agama Hindu. Orang Tamadun Sungai Batu anuti agama Hindu melalui aktiviti perdagangan. Tambahan pula penduduk Tamadun Sungai Batu memang terkenal dengan kepakaran mereka menempa besi. Jadi, oleh kerana itu ramailah pedagang dari seluruh dunia datang ke sana untuk membeli barangan logam”
Di akhir pertemuan, guru itu dengan sinis turut menawarkan diri menjadi menteri sekiranya hal mudah pun menteri tersebut tidak dapat bezakan.
“Kalau perkataan mudah seperti bangsa dan agama pun tak mampu nak bezakan, lebih baik beri saya sahaja jadi menteri!”
M. Kula Segaran dikritik hebat di media sosial berhubung kenyataan beliau dalam bahasa tamil yang menyatakan “mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang. Kita dan mereka adalah sama” serta dakwaan orang India telah berada di sini sejak 2500 tahun yang lalu.
M. Kula Segaran mendakwa kenyataan beliau telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.
TTKM semalam telah menyiarkan transkrip terjemahan ucapan beliau yang diusahakan oleh seorang aktivis sosial bernama Kiridaren Jayakumar. Setakat ini, tiada transkrip disediakan oleh pihak M.Kula Segaran.
Berikut merupakan transkrip ucapan Kulasegaran berdasarkan terjemahan Kiridaren tersebut:
“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” – M. Kula Segaran
-TTKM –