Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(Video) Isu Pendatang – ini transkrip ucapan M. Kula Segaran.

2 min read

Kuala Lumpur, 29 Julai  : Semalam, Menteri Sumber Manusia, merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. KULA SEGARAN mendakwa ucapan beliau  telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.

Beliau merujuk kepada laporan Utusan Malaysia pada 27 Julai 2018 dan dakwaan-dakwaan di media sosial yang telah menuduh beliau membuat kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di Malaysia manakala kaum India merupakan penduduk asal negara ini.

“Ini adalah satu fitnah dan pembohongan. Saya tidak pernah berkata begitu. Ia diputarbelitkan tanpa latar atau konteks yang sebenarnya.” – M Kulasegaran.

Walaubagaimanapun, TTKM mendapati kenyataan Kula Segaran ini bercanggah dengan transkrip terjemahan ucapan beliau yang telah disediakan oleh seorang aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar . 

34321039_10208952845336674_5387901104052764672_n.jpg
Kiridaren Jayakumar, gambar dari FB beliau. 

Berikut merupakan transkrip terjemahan yang disediakan Kiridaren:

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.

Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.

Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.

Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.

Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” –  M. Kula Segaran 

Berikut adalah video ucapan Kula Segaran itu, kredit MyNewsHub

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: