“Saya minta maaf dan tarik balik ucapan ofensif” – M. Kula Segaran.

Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang, lapor Malaysiakini.

Permohonan maaf itu dibuat setelah beliau mendapat kecaman teruk oleh netizen di media sosial dan setelah transkrip terjemahan ucapan beliau menjadi tular.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan kenyataannya malah  mengatakan ia telah disalah tafsir.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu. Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India…(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu). Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini,” – M Kula Segaran

Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata kononnya beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.

Tambah beliau lagi,  perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain kerana beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroversinya di Nilai minggu lalu.

Walau bagaimanapun, tiada transkrip terjemahan disediakan oleh M. Kula Segaran. Sebaliknya,  transkrip terjemahan hanya dikeluarkan tiga media iaitu MyNewsHub, Malaysiakini dan TTKM sendiri.

Berikut merupakan transkrip yang disiarkan TTKM berdasarkan terjemahan aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar:

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama. Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” –  M. Kula Segaran

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.