Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya baru-baru ini.
Perkara tersebut diumumkan melalui satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Turut diumumkan adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, lapor Malaysiakini.
Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang juga ahli majlis penasihat kerajaan, juga disenaraikan dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Dua lagi ahli lembaga pengarah yang lain ialah Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.
Sukhdave merupakan bekas timbalan gabenor Bank Negara manakala Goh adalah pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad dan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pembangunan pasaran.
Semua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional termasuk pengarah urusannya meletak jawatan secara beramai-ramai minggu lepas. Tindakan ini dilihat sebagai protes terhadap kenyataan PM yang mendakwa Khazanah telah terpesong dari matlamat asal membantu golongan Bumiputera.
Sehari selepas perletakan secara beramai-ramai itu, enam saham utama dimana Khazanah mempunyai kepentingan mengalami kerugian nilai pasaran sebanyak RM2 billion. -TTKM-
1 Comment