“MyBrain tangguh sbb langkah politik kerajaan BN lepas tak salur peruntukan!” Dr Maszlee

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyalahkan penangguhan program MyBrain kepada kerajaan BN lepas.
Tambah beliau lagi, perkara itu  merupakan langkah politik kerajaan BN dulu.
“Kita perlu ketahui bahawa program MyBrain melibatkan lebih 10,000 di kalangan mereka yang menerima. Jadi apa yang berlaku ialah kerajaan sebelum ini telah menjanjikan RM90 juta peruntukan tetapi ia tidak pernah sampai lagi kepada Kementerian Pendidikan. Ia langkah politik daripada kerajaan lepas. –  Dr Maszlee Malik
(Untuk rekod, sebelum ini Dr Maszlee Malik mengatakan alasan program tersebut ditangguhkan adalah kerana hutang negara yang terlalu tinggi. – Editor TTKM)
Dr Maszlee juga berkata nilai RM90 juta itu tidak cukup dan kos keseluruhan yang perlu ditampung adalah berjumlah RM612 juta.
“RM90 juta itu sebenarnya tidak cukup untuk menampung keseluruhan pengajian penerima tersebut. Keseluruhan kos yang perlu ditampung ialah RM612 juta. Dan ini memberikan implikasi kewangan yang besar,” – Dr Maszlee Malik
Dalam pada itu jelas Maszlee, nasib 10,000 penerima MyBrain sedia ada bukan bergantung di tangan kementerian, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan perlu mendapat kelulusan peruntukan daripada Unir Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.
“Kita tidak melupakan penerima MyBrain. Di pihak KPM 10,000 yang akan melanjutkan pelajaran ini kita tidak akan lupa. Cuma keputusan bukan di tangan kami. Saya akan terus membantu dan akan terus memastikan bahawa kita akan berikan kerjasama, penerima tidak dilupakan. Jadi mereka perlu bersabar. Ia bergantung kepada keadaan ekonomi semasa,” – Dr Maszlee
Pada 25 Julai lepas, menerusi program ‘Bicara Khas Bersama Menteri’ terbitan RTM, Maszlee memaklumkan bahawa program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) ditangguhkan.

Beliau mendakwa program tersebut ditangguh kerana kerajaan sebelum ini meninggalkan hutang yang begitu banyak.

Melalui carian di laman web KPM, TTKM mendapati program MyBrain ini sudah pun diberikan peruntukan dalam bajet 2018 sebanyak RM90 juta. Ia mensasarkan 10 600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

2017-10-28_-_Bajet2018_MyBrain15.jpg
Poster di laman web KPM.

Peruntukan MyBrain ditangguhkan, peruntukan kepada Sekolah Persendirian Cina diberikan.

Sementara itu, sebelum ini beberapa wakil rakyat DAP mengkritik Dr Maszlee kerana tidak memberikan peruntukan kepada Sekolah Persendirian Cina. Maszlee kemudian mengesahkan peruntukan akan disalurkan.

Netizen berang

Di media sosial, netizen berang dengan kenyataaan Dr Maszlee ini, malah hantaran Dr Maszlee lima tahun yang mempromosikan MyBrain turut menjadi tular kembali.

TTKM mendapati, komen-komen netizen di hantaran tersebut hampir kesemuanya mengkritik dan menyakat  Dr Maszlee:

Yus Nordin saya pun datang dari masa depan..tolong ar jangan mansuhkan myBrain..sepatutnya dibuat penambahbaikan..lanjutkan had usia..buka mansuh..kata negara kekurangan scientist & engineer..

Mohd Nasrul Hi I’m from future.. Nak bagi tau france menang world cup.. Doc akan jadi lembu yang dicucuk hidung tau telur pun kena pegang lepas menang pilihanraya

Kiridaren Jayakumar Saya tidak faham kenapa orang lain tidak diberi peluang yang sama untuk mendapat PhD atau Masters. Alasan hutang ini telah digunakan terlalu kerap dan tidak berasas

Khairul Azri hai doc sy juga dari masa depan, ketahuilah bahawa pada suatu masa nanti doc akan ‘cancel’ mybrain15 ni.

Khairul Izwan Salam Dr Maszlee..saya dari masa depan..pinjam mesin doraemon utk bgtau suatu rahsia besar kpd Dr bahawa pada tahun 2018 mybrain15 ni akan ditangguhkan oleh Dr sendiri..semoga Dr blh bersedia drpd skrang..saya juga nk bgtau Dr satu lg, jgn janji nk hapuskan tol simpang renggam bl Dr jadi calon nnti..kalau x, Dr akan dibaham oleh geng2 lebai dan keris..semoga kita berjumpa lg bila Dr dah jd menteri..anyeong!

Sultanzz Azlan assalamualaikum doc.. saya dari masa depan juga.. ermm malangnya program ni tak dapat bertahan lama sebab bapa kasut hitam negara akan memansuhnya pada tahun 2018.. harap doc tabah menghadapinya

 

Provoker Mentalist saja nak bagitau. 2018 nanti Pakatan Harapan berkuasa (ni nama pakatan parti pembangkang masa 2018 nanti) ..
Tapi lagi banyak menteri dia yang No Brain ..
* tapi saya taknak bagitau samaada Dr Maszlee salah sorang dari tu ke tak.. tunggu 2018 nanti yer.

Fahrurozee Fairoz Aku pun dari masa depan jugak. Hai kawan2 masa depan. Masa ni semua tak da SPM. Kami amik UEC je senang. Sebab cuma lulus Bahasa Melayu dah boleh masuk U dan kerja kerajaan. Tq Dr. memudahkan kami.

 

Zahir Halim Salam Dr .saya datang dari masa depan melalui mesin masa doreamon.2018 mybrain a.k.a myotak ni akan di cancel oleh bapak kasut hitam negara ..

Mohd Faridz IV Salam Dr. Mazlee. Saya dari masa depan. 4 tahun dari skrg, Dr. sendiri akan mansuhkan mybrain ni. Ha tepukkkk

 

Abu Muadz Mateen Salam..YB Maszlee sy pun nak juga dari masa depan..keadaan di Simpang Renggam amatlah menakutkan,ramai yg sedang mencari YB,makcik2 dan pakcik2 kelihatan seperti zombie merayau bawak parang tukul cangkol segala bagai..Sekali imbas mcm tragedi memali,harap YB balik segera ke Simpang Renggam..depa nak robohkan toll..plzzz

Abdul Muizz Awang Marusin Dr, saya datang dari masa depan. Dr nak tahu, rakyat di masa depan sangat menyesali penangguhan MyBrain15 untuk pelajar Master dan PhD. Yalah negara memang makmur, tapi kami di pengajian tinggi belum tentu…

Badrul Halil Bin Badir Noon Zaman Femes doc skrg ni. Tak nak jual makeup ke?

Azizi Md Isam Semua komen troll je.. Xpasal2 padam status plak nti… Support lah sikit menteri kita ni… Dih angatt….

 

Izzat Danial Hi doc, sy dah beli kasut hitam 3 pasang. Mungkin skrg doc terpinga-pinga tapi percayalah 2018 nanti doc akan tau kenapa sy bgtau macam tu.

Mohamad Ameer Oooo …. Dengar cerita ada sorang menteri tu dah tangguhkan biasiswa ni

Noor Atikah Rozemi saya dari masa depan… nak bagi tahu saya kena caras. Biasiswa untuk MyPHD mungkin akan dihentikan. Kecewa sangat YB. 

 

Mohd Zulfahmi Mohamad Assalamualaikum doc.. alhamdulillah, saya dah selamat habiskan pengajian master saya gunakan biasiswa mybrain15 pada tarikh yg Dr post ni.. cuma saya nak bagi tau, pada masa depan july 2018, Dr dah batalkan biasiswa mybrain15 ni.. kesian dekat pelajar2 pada tahun 2018..

Kamarul Azril Dah2..sapa yg dari 2018 sila pulang..ujung2 bulan ni payday tau..😂nikmati zero gst…sst xlama lg…kehkehkeh…

Ahmad Syihabuddin Saya dengan The Flash dari masa depan nak bagitaw doktor ni yang Dr sendiri stop biasiswa ni. Mujur The Flash pandai merentas masa

Arif Ainuddin Sy juga drpd masa depan just nak bgtau, 4 tahun 6 bulan lagi jgn lupa padam post ni. Masa tu doc dah jadi menteri, jgn lupa dtg awai parlimen. Dan jgn buat temu bual dgn xifu naser sbb video doc minum kopi smbl membawang pasal melayu terima BR1M orang dok kecam. Sekian

Habib Zaid Al Fatani Mana korang dapat mesin masa eh?Kat lazada ada jual tak?

Shahrul Nazir Dah x dapat dah, Dr.
Tadi ada sorang menteri yang bengap sikit dari Dr cakap negara tengah berhutang.

Muhammad Farit Hmmm.. mungkin ini salah satu cabaran jadi MP. Dulu kan seronok je complain dekat fb kan dr. Harap2 dr cekal lah. Macam2 bidalan dr keluarkan. Sekarang mungkin sifat tu dah hilang. 😙😙😙

Muhd Rajie Bin Lioli Dr Maszlee ada 2nd akaun ke? Orang komen semua tak jawab.. Sila duduk dan jangan lari!

Namialosavic Gombashev Doc, saya pun dari masa depan. Ketahuilah bahawa tepat pada 26 july 2018 nnt post doc ni akan berbau hancing. Harap maklum.

 

Zakaria Yahaya Saya juga dari masa depan, Dr jugalah yang bertanggungjawab cancel kan MyBrain15 ini. Jadi semoga Dr dapat mengubahnya…

Mohamad Firdaus Abd Rahim Salam dr mazlee malik…sy dr masa dpn july 2018..biasiswa dr hapus,alasan kerajaan dulu xda duit..sekolah pensedirian cina ada pula peruntukan bila ditekan..jadi sy nk dr pikir sebelum 9may 2018 dr pikir lah baik2 sebelum jd.menteri…

Ikhsan Radzuan Buat apa nak mybrain. Baik ambil UEC kan doktor a.k.a Bapa Kasut Hitam kan.

Azrin Fahrurruzi Duit nak bagi sekolah persendirian cina. Kitorang faham, korang nak kekalkan melayu sebagai uneducated. Modus operandi Tun. Biasa dah UMNO buat camni. Hahahahahahahaha

Fadzlul Rahimi A. Bustami Kesian ramai pelajar daftar master phd. Sekarang, nk bayar yuran, nak makan pun susah
Kamarul Afendi Maszlee calon pengganti Ahmad Maslan. Dah nampak makin banyak tanda2 bangang.

Sebelum ini, Dr Maszlee turut menggunakan alasan hutang negara apabila janji Pakatan Harapan untuk menangguhkan pembayaran PTPTN tidak dapat dilaksanakan dalam masa 100 hari.

Beliau juga secara personal berjanji kepada pengundi Simpang Renggam bahawa tol Simpang Renggam akan dihapuskan sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya ke 14. Malah, beliau turutmeminta pengundi supaya menuntut hal itu kepada beliau selepas PH menjadi kerajaan.

Walau bagaimanapun, selepas PH memenangi PRU 14, Dr Maszlee menunaikan perkara yang tiada dalam janji Pakatan Harapan iaitu kasut hitam untuk murid sekolah pada tahun hadapan.-TTKM-

Baca juga : MyBrain ditangguhkan, rakyat kecewa dengan menteri pendidikan. 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.