April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

#MyGrabStory : Perbualan mengenai ChildMarriage (Perkahwinan bawah umur)

Oleh : Nalini Elumalai

Pemandu Grab wanita tiba di apartment saya. Berikut merupakan perbualan kami mengenai  perkahwinan bawah umur #ChildMarriage.

Pemandu Grab: Kakak, semalam saya cuba masak kari ayam cara orang India tapi tak jadi..

Saya: Haha.. adik guna you tube ke atau Google?

Pemandu Grab: I guna google untuk cari resepi. Kakak, masak macam mana? Boleh share?

Saya: I pun guna cara mak saya ajar.. (i bagi resepi)

Pemandu Grab: Terima kasih. Saya akan cuba besok. Saya kena bagi anak makan.

Saya: Adik dah ada anak? Adik nampak muda lah. Anak umur berapa?

Pemandu Grab: 15 tahun.

Saya: wow. Adik nampak sangat muda lah.. bagus..

Pemandu Grab: Saya sekarang 33 tahun. Saya kahwin muda kakak. 16 tahun. Semasa orang sibuk belajar, saya pulak sibuk kahwin.

Saya: Sorry. Boleh adik bagitahu kenapa adik kahwin muda? Kalau tak nak cerita takpe, kita cerita pasal masak2 pulak.

Pemandu Grab: Tak kak. Saya boleh share. Masa tu saya tengah dating dengan boy friend saya. Keluarga saya sangat control saya. Tak bagi keluar rumah lah. Tapi dengan boy friend I boleh keluar dan tengok dunia luar. So ada satu masa, emak cakap kalau nak sangat lelaki, kahwin jelah. So, masa tu i just nak keluar dari rumah keluarga dan saya setuju untuk kahwin. Saya dapat anak pertama semasa saya 19 tahun. Tak lama lepas tu saya bercerai dengan suami saya. Saya ada 3 anak.

Saya: Adik pernah rasa regret tak sebab kahwin awal?

Pemandu Grab: hmm.. mix lah kakak. Saya dapat kebebasan tapi saya susah jugak. Saya rasa bersalah sebab tak habis belajar. Tapi lepas bercerai, saya sambung belajar dan juga jaga anak2.

Saya: Apa pandangan adik tentang kes lelaki kahwin budak berumur 11 tahun tu?

Pemandu Grab: Salah kakak. Budak tu terlampau muda. Kadang2 kita tak fikir masa depan budak2 tapi bila mereka dah besar akan ada banyak masalah dan regret.

Saya : Saya baca berita semalam, yang lelaki tersebut gagal untuk menjaga isteri pertama dan kedua

Pemandu Grab : Yekeh? Inilah nafsu kakak. Pergi kahwin budak2 umur 11 tahun bukan cinta atau nak tolong , tapi nafsu.

Saya: Adik rasa apa kita boleh buat? Ini berlaku dikalangan semua kaum juga.

Pemandu Grab: Kanak2 tak boleh dikahwinkan. Kena ban. Ini soal tentang kehidupan kanak2. Macam family saya, saya kahwin awal tapi saya tak benarkan adik2 saya buat demikian. Saya cuba ajar mereka untuk jadi seorang yang bebas dan berjaya. Saya takkan biarkan mereka buat kesilapan yang saya buat.

Saya: Bagus dik. Saya harap ramai akan fikir macam adik.

Pemandu Grab: Terima kasih kak. Kita dah sampai. Saya harap keadaan ini akan berubah.

#enoughsaid #endchildmarriage

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: