Opcom, syarikat diketuai Mokhzani Mahathir dapat kontrak Telekom RM11.16 juta.

PETALING JAYA: Opcom Holdings Bhd (Opcom), yang diketuai oleh pengerusi dan CEO, Tan Sri Mokhzani Mahathir, berkata anak syarikatnya Opcom Cables Sdn Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM11.16 juta dari Telekom Malaysia Bhd, lapor The Star.

Kontrak tersebut yang diberitahu kepada Bursa Malaysia hari ni, melibatkan kerja-kerja pemasangan dan restorasi¬† ‘Rakan Unifi’ untuk jangkamasa 18 bulan bermula dari 2 Julai 2018 sehingga Disember 2019.

“Penganugerahan ini dijangka akan menyumbang secara positif pendapatan kumpulan dan aset bersih ketika jangkamasa anugerah tersebut” kata kenyataan tersebut.

Kontrak ‘Rakan Unifi’ itu telah dianugerahkan kepada pada 14 Mei, 5 hari selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14.

Adik Mokhzani, iaitu Menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula merupakan pengasas dan pemegang saham terbesar Opcom.

Ayah Mokhzani pula adalah Tun Dr Mahathir, perdana menteri ketika ini juga merangkap Pengerusi Khazanah Nasional yang baru yang dilantik oleh beliau sendiri.

-TTKM_

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: