“Tindakan jenayah tak boleh ambil terhdp lelaki kahwin kanan-kanak krn tak cukup bukti”- Wan Azizah

KUALA LUMPUR:  Tindakan jenayah  tidak boleh diambil terhadap lelaki warga Malaysia 41 tahun yang mengahwini kanak-kanak perempuan warga Thai, 11 tahun  kerana setakat ini tiada bukti yang cukup untuk bina kes kukuh terhadap beliau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail , lapor The Star.

“Kita perlu siasat kes tersebut lebih lanjut dan membina kes yang kukuh supaya insiden seperti itu tidak lagi berlaku. Noktah.”  – Wan Azizah

Beliau menambah bahawa apa-apa tindakan mesti dilakukan dengan sewajarnya, kerana ia akan menjadi kes precedent dan menetapkan duluan untuk undang-undang yang baru diluluskan terhadap pemangsa seks yang melakukan grooming pada mangsanya.

Kata Wan Azizah lagi, beliau sudah berbincang perkara tersebut dengan Pejabat Peguam Negara , yang berkata lebih banyak bukti diperlukan untuk kes tersebut bukan sekadar dengar cakap dan laporan media.

“Tindakan mesti berasaskan bukti yang kukuh, bukan berdasarkan laporan media dan dengar cakap” – Wan Azizah.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti berkata kanak-kanak perempuan tersebut telah dihantar untuk  melakukan pemeriksaan kesihatan.

 

Wan Azizah menjawab perkara itu apabila memberikan respon terhadap cadangan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang)  suapya lelaki berumur 41 tahun itu didakwa dibawah akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan bukannya menggunakaan akta Undang-undang Syariah.

Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) turut meminta supaya tindakan jenayah diambil terhadap lelaki tersebut. Menurut beliau, lelaki itu telah pun mengakui berminat terhadap kanak-kanak perempuan tersebut sewaktu dia berumur 7 tahun lagi dan telah ‘groom’ kanak-kanak itu supaya bersetuju berkahwin dengan beliau.

Sebelum ini, lelaki tersebut didenda sebanyak RM1,800 kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran mengikut undang-undang syariah.

nikah-gantung-fb.jpg
Lelaki 41 tahun (kanan) besama isterinya 11 tahun (tengah) 

Dia dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara 2 bulan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.

Bagi tuduhan ke-2 pula, dia didakwa berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.

Dia bagaimanapun membayar denda yang dikenakan terhadapnya. -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.