“Tuhan hantar Rafizi bantu PKR” – Johari Abdul.

AMPANG – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Tuhan telah menghantar Rafizi Ramli kepada parti itu untuk membantu ahlinya mengukuhkan parti, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, Naib Presiden PKR itu merupakan orang yang paling tepat untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan ‘kepintaran’ pemimpin muda seperti beliau.

“Tuhan hantar seorang pemimpin muda untuk kita. Saya yakin dan percaya Tuhan hantar Rafizi untuk bantu kita teruskan perjuangan PKR. Daripada 51 kerusi, kita menang 49 kerusi Parlimen. Ia adalah pencapaian luar biasa. Ini adalah kerana kesungguhan, kepintaran Hang Nadim (Rafizi) kita. Kalau dulu Hang Nadim dihumban dalam laut, Hang Nadim ini akan kita pertahankan supaya tak dihumban ke dalam laut,”   Johari Abdul

Johari berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis memperkenalkan barisan calon  dalam pemilihan PKR yang bersama Rafizi.

“Saya yakin dan percaya Tuhan hantar Rafizi untuk bantu kita teruskan perjuangan PKR.” – Johari.

Johari yang juga calon Naib Presiden PKR menegaskan Rafizi merupakan pejuang yang tabah kerana beliau tetap berjuang meskipun tahu dirinya tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14.

“Pernah ke lihat pemimpin yang dia tahu tak boleh bertanding, kerusinya (Pandan) diserahkan kepada orang lain tapi beliau sanggup gunakan wang sendiri untuk tubuhkan Invoke Malaysia. Dia jelajah ke seluruh Malaysia di mana kawasan PKR bertanding dan akhirnya PKR menang dengan cemerlang dalam PRU14,” – Johari Abdul

Walaubagaimanapun, TTKM mendapati Rafizi berjaya memperoleh sumbangan sebanyak RM1.5 juta dari orang ramai melalui video sedih beliau yang ditonjolkan dengan beberapa bulu hidung terkeluar.

Sebelum ini, timbalan perdana menteri, merangkap presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah pernah berkata suaminya, merangkap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan. 

Anwar kebingungan, gambar oleh Bernama.

Pemilihan PKR akan berlangsung pada hujung Ogos ini menyaksikan pertembungan paling sengit parti itu sejak ditubuhkan.

Rafizi dijangka akan bertembung dengan Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR, manakala Anwar Ibrahim pula menawarkan dirinya sebagai calon Presiden setelah menarik diri pada pemilihan 2014 selepas bertembung dengan isterinya, Wan Azizah.

Azmin setakat ini masih belum menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak. Walaubagaimanapun, pengkritik melihat Azmin berkemungkinan juga akan bertanding melawan Anwar sebagai Presiden PKR memandangkan beliau kini merupakan ahli parlimen PKR paling berkuasa dengan portfolio sebagai Menteri Ekonomi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional.

Anwar berkata sesuatu kepada Azmin. Gambar bernama.

Pada pemilihan PKR yang lepas, berlaku beberapa kes kerusi terbang akibat ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan dan penipuan. Oleh sebab itu, PKR pada ketika itu menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Parti Kerusi Rosak. –TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version