
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak tahu mengenai memo arahan kementeriannya agar sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Beliau kelihatan seolah-olah ‘blur’ ketika ditanya wartawan mengenai arahan tersebut
“Saya tak pasti. Dekat mana keluar tu? Saya sepanjang hari kat sini (parlimen). Saya belum dapat info lagi. Nanti saya cari info dulu. ” Dr Maszlee Malik
Apabila dikatakan kepada beliau bahawa memo itu dikeluarkan oleh Penasihat Khas beliau, Wan Saiful Wan Jan, jawab Dr Maszlee:
“Oh, itu saya kena tanya dialah. Sebab sekarang ni kita dalam langkah berjimat cermat. Sebab banyak sangat surat khabar sekarang boleh tengok online. Apa perlu nak surat khabar?” – Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee kemudian mengelak untuk menjawab sama ada memo tersebut dikenakan kepada akhbar lain, sambil berlalu pergi dengan ketawa kecil:
“Saya tak tahu. Saya kena tanya Wan Saiful lah! .. Sebab (memo) itu nama dia kan? Nanti saya tanya dia dulu. Segala yang boleh menjimatkan duit tax payers money kita akan sokonglah. HAHAHAHA!” – Dr Maszlee Malik

Walaubagaimanapun, TTKM mendapati memo yang ditulis oleh Wan Saiful Wan Jan dua minggu lalu itu dengan jelas menyatakan arahan itu dibuat oleh Dr Maszlee sendiri yang beliau rujuk sebagai Yang Berhormat Menteri.
“Pihak Yang Berhormat Menteri memohon agar langganan surat khabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta” – Wan Saiful Wan Jan.
-TTKM-
Leave a Reply