BATAL SERTA MERTA LANGGANAN UTUSAN MALAYSIA DI KPM – WAN SAIFUL WAN JAN.

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Satu memo yang dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bertarikh 18 Julai 2018, mengarahkan pembatalan serta merta langganan surat khabar Utusan Malaysia di Kementerian Pendididikan.

Memo tersebut ditulis oleh Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan.

“Pihak Yang Berhormat Menteri memohon agar langganan surat khabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta” – Wan Saiful Wan Jan.

38122897_10216829021027654_1585683440143958016_n (1).jpg

Akhbar Utusan Malaysia merupakan akhbar arus perdana di mana  49.77% sahamnya dimiliki oleh UMNO melalui RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.

Sementara itu, aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza menyambut baik langkah tersebut.

“Berita terbaik. Semua sekolah dan universiti akan berhenti melanggan suratkhabar Utusan Malaysia!Sila pergi neraka Utusan Malaysia “ – Fahmi Reza

 

-TTKM-

 

1 Trackback / Pingback

  1. Batal langgan Utusan serta-merta:"Saya tak tahu!" – Menteri | Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.