“Kerajaan baru PH kadangkala cuai dan celupar!” – Anwar Ibrahim.

Sungai Kandis, 1 Ogos: Pemimpin de facto Pakatan Harapan, merangkap KetUm (Ketua umum) PKR, Anwar Ibrahim meminta kerajaan baru supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan, lapor Malaysiakini.

“Saya tidak nafikan terdapat kenyataan yang menyebabkan ketidak senangan. Saya akui Harapan adalah kerajaan yang baru dan kadang-kadang ada kenyataan yang cuai dan celupar di kalangan beberapa orang tokoh-tokoh”– Anwar Ibrahim.

Anwar sedang berceramah membantu calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Gambar JPM.

 

Beliau  berkata demikian ketika berceramah malam tadi membantu calon PKR di pilihanraya kecil Sungai Kandis.

TTKM mendapati kenyataan Anwar tersebut mungkin merujuk kepada ucapan menteri sumber Manusia, merangkap  Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran baru-baru ini yang mendakwa orang India sudah berada di sini sejak 2500 tahun yang lalu.

Berikut merupakan transkrip terjemahan ucapan M. Kula Segaran yang disediakan oleh aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar:

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka. Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” –  M. Kula Segaran

Walaubagaimanapun, M.Kula Segaran telah memohon maaf dan menarik semula kenyataan beliau setelah dikritik teruk oleh netizen di media sosial.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas, lapor Bernama.

Gambar dari Malaysiakini

Calon PKR :Mohd Zawawi Ahmad Mughni,

 Calon BN :Datuk Lokman Noor Adam

 Calon Bebas : K. Murthy.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Grafik dari Undi.Info

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

PRK Sungai Kandis merupakan pilihanraya kecil yang pertama diadakan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke 14 menewaskan Barisan Nasional yang berkuasa semenjak merdeka.

Pilihanraya kecil seterusnya akan diadakan untuk kerusi Balakong kerana adunnya,  Ng Tien Chee maut dalam kemalangan .

Pemerhati menjangkakan PKR akan mengekalkan penguasaannya di kerusi Sungai Kandis ini tetapi dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU lepas memandangkan PAS tidak bertanding kali ini.

Ia juga akan menjadi pengukur populariti Pakatan Harapan berhubung beberapa janji manifesto mereka yang tidak dapat ditunaikan dan juga penentu sama ada Barisan Nasional masih relevan atau tidak -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version