Kuala Lumpur, 1 Ogos: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza mempertimbangkan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung tajuk berita “Nilai semula buku sejarah, iktiraf PKM” yang dakwa beliau mengelirukan, memesongkan fakta dan berunsur fitnah.
Tambah beliau lagi, oleh kerana laporan Utusan Malaysia tersebut, beliau telah menerima banyak kecaman dan ugutan yang menuduh beliau sebagai komunis, pro komunis dan tali barut PKM.

“Disebabkan tajuk-tajuk berita misleading dan laporan-laporan berita yang berunsur fitnah dan memesongkan fakta oleh Utusan Malaysia seperti dalam keratan akhbar ni, aku terima banyak kecaman dan ugutan yang menuduh aku sebagai “komunis”, “pro-komunis” dan “talibarut PKM”. Beratus-ratus komen dekat Facebook dan Twitter berbentuk maki-hamun dilemparkan terhadap aku disebabkan misinformation yang disebarkan oleh Utusan. Patut tak aku saman Utusan?” – Fahmi Reza.
Fahmi Reza turut menerangkan lebih terperinci:
“Dalam tajuk artikel mereka sebut forum ni nak “iktiraf PKM”, kemudian dalam laporan tu sebut kononnya Fadiah kata “PKM memperjuangkan keadilan sosial, demokrasi tulen dan keamanan dunia” dalam forum tu. Dan dalam perenggan berikutnya sebut, “Pendapat sama turut diberikan oleh seorang lagi panelis, Fahmi Reza…” yang beri gambaran aku juga berkongsi pendapat yang sama dan nak iktiraf PKM.Isi lain yang mereka tulis tentang apa aku kata dalam forum tak ada masalah” – Fahmi Reza
Forum yang mahukan golongan kiri diberi pengiktirafan dalam buku teks sejarah, bertajuk ‘”Patutkah Kita Menulis Semula Buku Teks Sejarah Negara Kita?’ yang diadakan Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor minggu lepas kecoh apabila beberapa hadirin melahirkan rasa tidak puas hati dengan isi kandungan perbincangan tersebut. – TTKM-