Kuala Lumpur, 1 Ogos : Video penuh emosi yang memaparkan hari terakhir Tan Sri Azman sebagai pengarah urusan Khazanah Nasional disambut seperti hero menjadi tular.
Dalam video tersebut, Tan Sri Azman kelihatan menuruni eskalator bangunan Menara Berkembar Petronas dan disambut dengan sorakan oleh kakitangan Khazanah Nasional di bahagian lobi.
Sejurus selepas itu, beliau dilihat memeluk erat dan bersalaman dengan beberapa pegawai.
Terdapat juga mereka yang mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan
Tan Sri Azman kemudian membuat isyarat tangan meminta maaf, dan sentiasa mengingati kakitangan Khazanah Nasional di hati beliau.
Tan Sri Azman bersama semua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional meletakkan jawatan secara beramai-ramai minggu lalu berikutan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap badan induk pelaburan kerajaan itu yang dikatakan telah menyimpang dari matlamat asal membantu golongan bumiputera.
Sehari selepas pengumuman itu, 6 saham utama Khazanah mengalami kerugian nilai pasaran berjumlah RM2 billion.
Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri talah mengumumkan 5 ahli lembaga pengarah baru Khazanah Nasional termasuk Tun Dr Mahathir sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional dan Azmin Ali sebagai pengarah.
Pengumuman itu dikritik hebat oleh rakyat kerana ia tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang berjanji cuma golongan profesional sahaja dilantik ke jawatan itu.
Berikut merupakan video tersebut:
Kronologi berita:
Khazanah: Semua ahli lembaga pengarah letak jawatan
RM2bil nilai pasaran saham Khazanah lesap dalam masa sehari!
Khazanah: “Keputusan letak jawatan bijak!” – Lim Guan Eng.
Tun M lantik Tun M jadi pengerusi Khazanah. Azmin turut dilantik jadi pengarah.
“Lantik Tun & Azmin dalam Khazanah tak salah!” – Wan Azizah
KHAZANAH & PROJEK KERETA KETIGA: NEO-MAHATHIRISME KEMBALI SEMULA.