(Video) Rayer sebut “Kepala Bapak” di dewan rakyat.

KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah menarik balik perkataan “kepala bapak”, dipercayai ditujukan terhadap Barisan Nasional, dan diberi amaran terakhir oleh Timbalan Speaker Nga Kor Ming kerana membuat provokasi di dalam Dewan Rakyat, lapor FMT.

RSN mengeluarkan kata-kata tidak sopan itu ketika mencelah isu kebajikan polis dan tentera hari ini.

Rayer berkata anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang terpaksa menggunakan kipas kerana pendingin hawa rosak dan tidak dibaiki sejak 5 tahun lalu kerana tidak ada wang.

“Kononnya BN membela anggota polis dan tentera…’kepala bapak’ mereka!” – Rayer

Kelakuan Rayer itu dikritik wakil rakyat pembangkang. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkata wakil rakyat DAP itu sepatutnya berhujah dengan fakta dan tidak perlu menggunakan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

“Jelutong ada di dewan ini sudah 3 minggu tapi saya perhati beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap,” – Mahdzir Khalid

Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berkata pemerhatian Rayer dalam isu kemudahan untuk anggota polis tidak tepat.

“Balai Polis Tanjung Karang diberi peruntukan untuk naik taraf balai polis. Kita buat Balai Polis Sungai Petani semasa saja menjadi timbalan menteri. Jangan beri contoh satu tempat sahaja, tengok keseluruhan,” Tan Sri Noh Omar

Nga kemudian mengarahkan Rayer menarik balik kata-katanya diikuti dengan amaran terakhir.

“Niat baik tapi perkataan yang ditutur itu kurang sopan. Wajib kita elakkan. Kita beri peluang kerana Jelutong orang baru. Harap beliau belajar ‘orang berbudi, kita berbahasa. Hari ini saya maafkan. Jangan ulang lagi. Jangan paksa saya guna kuasa saya,”  Nga Kor Ming.

Rayer kemudian menarik balik kenyatan beliau tetapi n memberi alasan dia hanya mencontohi Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) (yang pernah mengeluarkan perkataan yang sama suatu ketika dulu di luar dewan)

Rayer pertama kali menjadi Ahli Parlimen pada pilihan raya umum 9 Mei lepas. TTKM yang mengikuti sidang parlimen, mendapati beliau kerap mengganggu perbahasan dengan menjerit-jerit terpekik-terlolong seperti anak kecil.

Sebelum ini beliau merupakan adun Seri Delima di Pulau Pinang dan pernah mewujudkan kontroversi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila menyebut “celaka-celaka umno ini kurang ajar, biadap.”

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.