ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin meninggal dunia.

Putrajaya: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia PKR, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah menghembuskan nafas terakhir pada am 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan  oleh Zafrullah Bin Aris Setiausaha Kanan beliau.

Allahyarham Shaharuddin yang berusia 56 tahun, dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Naib Canselor UNISEL dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).

Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Berikut merupakan kenyataan media penuh :

Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan

2 Ogos 2018

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dukacita dimaklumkan bahawa YB Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Seri Setia telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

Semoga Almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah

Zafrullah Bin Aris
Setiausaha Kanan
YB. Prof. Dr. Shaharuddin Bin Badaruddin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)

 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. – TTKM-

38392450_253020352183601_1250723420379807744_n

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.