Parlimen : Menteri Kewangan Lim Guan Eng (Bagan) menggelupur menjawab tiga soalan Wee Ka siong (Ayer Hitam) mengenai hutang negara dan 1MDB. Demikian menurut hansard parlimen yang diteliti oleh TTKM.
TTKM mendapati intipati soalan Wee Ka Siong tersebut merupakan satu cubaan beliau untuk menyangkal propaganda hutang RM1 trillion yang sering digunakan oleh kerajaan sebagai alasan tidak dapat menunaikan manifesto mereka.
Menyedari hal ini, Lim Guan Eng menjadi tidak senang duduk, menggelupur dan mengelak dari menjawab soalan sebenar. Pada akhirnya, beliau mengulang-ulang soalan “Anda tahu atau tidak, ya atau tidak?” sebanyak 16 kali kepada Wee Ka Siong persis seperti gengster budak sekolah sehinggalah pentas bertukar kepada YB Kepala Batas.
Sementara itu, TTKM mendapati media arus perdana mahupun alternatif tidak menyiarkan perkara pokok ini (mengelak jawab soalan), mereka cuma fokus kepada soalan “ya atau tidak” itu sahaja (di mana inilah yang dimahukan LGE). Malah Astro Awani melaporkan dengan tajuk : “Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong terduduk dengar jawapan Guan Eng”!

Berikut merupakan pencirian perbahasan yang kami kompilasikan dari Hansard Parlimen 31 Julai 2018:
Tiga Soalan Wee Ka Siong
Soalan pertama mengenai sama ada dua komponen hutang – contingent liability dan lease payment disembunyikan selama ini.
“Pertama, iaitu hutang secara langsung RM686.6 bilion. Kedua, kontinjen liabiliti RM199.1 bilion. Ketiga, lease payment RM201.4 bilion. Itulah yang dijumlahkan menjadi RM1.087 trilion sepertimana yang telah digunakan selama ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat. Apakah pembentangan selama ini dua komponen contingent liability dengan lease payment disembunyikan? “ – Wee Ka Siong.
Soalan kedua pula berhubung jumlah hutang negara, sama ada RM 1.087 trillion seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara.
“Saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat pada 23 Julai, tulis ini mengikut takrifan IMF iaitu hutang rasmi negara mengikut standard antarabangsa ialah 50.8 peratus. Pertikaian sekarang ialah, adakah hutang kita RM1.087 trilion ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara? Jadi soalan saya, bila Moody’s secara rasmi mengeluarkan satu kenyataan bahawa kita punya debts ratio adalah 50.8 peratus, Yang Berhormat mengatakan they don’t understand the extent of debts. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kalau itulah standard yang dipakai kita pun tidak pernah menyimpang.” – Wee Ka Siong.
Manakala soalan ketiga adalah mengapa hutang 1MDB tidak dimasukkan dalam perkiraan hutang RM1.087 trillion.
Yang Berhormat sebut tentang 1MDB. Jadi, Yang Berhormat kalaulah kita campur RM686.6, RM199.1 campur dengan RM201.4 itu menjadikan RM1.087 trilion. Kalau disebutkan 1MDB lagi, sepatutnya itu adalah pendedahan tambah kepada itu tetapi Perdana Menteri pakai RM1.087 trilion. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bagi justifikasi sesuatu yang tidak dimasukkan dalam huraian Yang Berhormat tadi adalah sesuatu yang baharu dan saya berharap Yang Berhormat boleh bagi penjelasan, adakah itu standard yang telah dikeluarkan oleh antarabangsa dan Bank Negara ini adakah sebelum ini mereka tidak pernah bagi data itu? – Wee Ka Siong
Jawapan Lim Guan Eng
Tuan Lim Guan Eng: Saya amat tertarik dengan minat Yang Berhormat Ayer Hitam ke atas 1MDB, yang tidak ditunjukkan semasa Yang Berhormat Ayer Hitam menjadi Yang Berhormat Menteri. Sekarang amat berminat, bagus. Sekarang amat berminat. Sebelum ini tidak berminat langsung. Apabila sebut tentang 1MDB, apabila sebut tentang hutang kerajaan. Oh! Itu semua tidak jadi masalah.
Tadi sebut tentang itu penghebahan angka-angka. Ya, angka-angka ini ada tetapi mengapa Kerajaan Persekutuan tidak mengakui bahawa mereka tidak mampu bayar? Sekarang ditanggung dan dibayar oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Bukan sahaja 1MDB tetapi lease commitment, sama juga. Apa yang kita sebut di sini ialah semua contingent liabilities, semua jaminan kerajaan, semua lease commitment yang sekarang– nanti, biar saya habis dulu. Jangan melompat-lompat macam ini. Semua yang sekarang tidak mampu dibayar oleh agensi, yang tidak mampu dibayar oleh syarikat seperti 1MDB. Kita sekarang ditanggung– semua hutang ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Itulah sebabnya kita masuk dalam perkiraan yang dapat ditanggung, kita tidak ambil kira. Biar saya habis dahulu.
Tentang itu definisi. Sekarang apabila kita ada satu definisi, Kerajaan Persekutuan nampak peluang definisi ialah hanya hutang secara langsung RM687 bilion. Contingent liability tidak ambil kira. Pinjaman Kerajaan Persekutuan tidak diambil kira. Oh! Inilah peluang kami. Inilah peluang kami untuk buat off-balance sheet financing kerana tidak diambil kira mereka boleh pinjam banyak-banyak. Ya, dari segi rating agency mereka lihat dalam aspek hutang secara langsung tetapi mereka pun berminat macam mana yang jadi contingent liability, yang jadi jaminan Kerajaan Persekutuan telah crystalize untuk jadi hutang secara langsung. Ini adalah sesuatu yang disembunyikan dan disorok-sorokkan oleh kerajaan dahulu, macam 1MDB. Takkan kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah bayar RM7 bilion. Kalau tahu Kerajaan Barisan Nasional telah bayar RM7 bilion, Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi. Saya percaya Yang Berhormat Ayer Hitam pun akan kalah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: [Bangun]
Tuan Lim Guan Eng: Nanti, saya habiskan dahulu. Inilah…
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Sudah berapa kali sebut nama saya tadi.
Mengulang-ulang soalan “tahu atau tidak” mengenai 1MDB persis seperti budak sekolah bergaduh untuk elak jawab soalan.
Tuan Lim Guan Eng: RM7 bilion yang telah disorokkan dan disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya hendak tanya Yang Berhormat Ayer Hitam, adakah Yang Berhormat Ayer Hitam tahu bahawa RM7 bilion ini telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak 1MDB, tahu tidak?
Tuan Lim Guan Eng: Tahu tidak? Yang Berhormat Kepala Batas duduk dahulu, jangan selamatkan Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya tanya Yang Berhormat Ayer Hitam sekarang. Yang Berhormat Ayer Hitam tahu tidak? Do you know that RM7 billion was paid by the Malaysian Government on behalf 1MDB? Yes or no?
Seorang Ahli: Yes or no?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat bagi saya tanya…
Tuan Lim Guan Eng: Tanya dulu, jawab dulu yes or no? Nanti saya akan beri peluang. Yes or no? Do you know or not?
Seorang Ahli: Yes or no?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini adalah sesi perbahasan. Tidak boleh bagi satu soalan yes or no. Saya berhak untuk sampaikan apa yang penting sebab Yang Berhormat buat. Satu, sengaja tanya satu isu yang kita tanya asalnya Yang Berhormat tidak jawab.
Tuan Lim Guan Eng: Adakah anda tahu sebagai seorang Menteri bahawa RM7 bilion telah pun dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak 1MDB? Yes or No? Do you know the answer, yes or no?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Bagi saya jalan dulu.
Tuan Lim Guan Eng: Sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya nampak taktik Yang Berhormat ialah apa yang kita tanya mengikut international definisi, Yang Berhormat akan menyimpang kepada isu lain. Itu taktik, saya tahu. Kedua Yang Berhormat…[Disampuk]
Seorang Ahli: Diamlah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat sebagai Menteri Kewangan, apa Yang Berhormat dapati sekarang boleh dedahkan, tidak ada masalah.
Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Belum, belum.
Tuan Lim Guan Eng: Kalau tidak nanti saya akan tarik balik laluan kepada Yang Berhormat. Jawab yes or no. Anda tahu atau tidak tahu? Itu sahaja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat…
Tuan Lim Guan Eng: Tahu tidak? Yes or no? Do you know or not?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Ini bukan mahkamah Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng: No, this is very serious issue. Ini satu isu yang amat serius kerana RM7 bilion telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia bagi pihak 1MDB. Kalau kita ada RM7 bilion ini, betapa baik rakyat– kita boleh bagi untuk rakyat bukan bagi untuk 1MDB itu dulu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat boleh buat ceramah lagilah.
Tuan Lim Guan Eng: So, yes or no?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Oleh sebab saya tanya Yang Berhormat, sila jawab balik daripada satu…
Tuan Lim Guan Eng: Boleh jawab atau tidak, saya hanya hendak jawab jawapan mudah sahaja. Ya atau tidak? Itu sahaja. Tolong jawab.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat. Saya…
Tuan Lim Guan Eng: Tahu atau tidak tahu?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Saya tidak akan jawab soalan ini sebab…
Tuan Lim Guan Eng: Kalau tidak mahu jawab, duduk.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat tidak …
Tuan Lim Guan Eng: Kalau tidak mahu jawab duduk. Saya bagi kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Sila Yang Berhormat Kepala Batas.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat tidak adil bagi saya.
Tuan Lim Guan Eng: Tidak berani jawab sudah. Yang Berhormat Kepala Batas, sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Apa yang saya tahu, apa yang benar sahaja. Apa yang tidak benar saya tidak tahu.
Tuan Lim Guan Eng: So, tahu atau tidak tahu? Sehingga sekarang tidak berani jawab, tahu atau tidak tahu. Ini apa punya Menteri dulu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat, jawab…
Tuan Lim Guan Eng: Yang Berhormat Bagan Datuk gentleman, dia cakap dia tahu. Adakah anda tahu?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tahu apa? [Ketawa]
Tuan Lim Guan Eng: Adakah anda tahu bahawa RM7 bilion telah pun dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak 1MDB? Tahu atau tidak tahu?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat jawab juga, apakah aset daripada contingent liability itu? Apa aset? Tidak boleh cakap tentang hutang sahaja. Yang Berhormat tidak adil.
Tuan Lim Guan Eng: Jawab tahu atau tidak tahu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Oleh sebab kalau tahu tanpa melihat aset, itulah tidak betul. Ini jawab politik.
Tuan Lim Guan Eng: Itu aset saya akan jawab. Saya ada jawapan, tahu atau tidak tahu? Yang Berhormat Ayer Hitam tahu atau tidak tahu? Sehingga sekarang tidak berani jawab. Jadilah gentleman macam Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Dia cakap dia tahu, tetapi adakah anda tahu? Yes or no? Do you know or not? Adakah anda tahu bahawa Kerajaan Malaysia telah bayar RM7 bilion pada pihak 1MDB? Sehingga hari ini, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 telah bayar RM7 bilion. Tahu atau tidak tahu? Anda tahu, tidak tahu? [Dewan riuh]
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Lim Guan Eng: Tidak berani jawab. Tidak berani jawab kerana – yes or no? Do you know or not?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Saya terima apa Yang Berhormat cakap, itu sahaja. Sebagai maklumat tambahan kepada saya, itu sahaja.
Tuan Lim Guan Eng: Sudahlah, sudahlah. Dia tidak berani jawab. Yang Berhormat Kepala Batas, sila.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Kepala Batas. -TTKM-
Kredit Video KiniTV: