Sri Pentas, 2 Ogos: Ahli Majlis Penasihat Negara, Prof. Dr Jomo Kwame Sundram berkata janji menghapuskan tol kerajaan Pakatan Harapan patut difikirkan semula kerana ia menelan belanja yang besar untuk bayar ganti rugi pembatalan kontrak kepada syarikat konsesi tol. Beliau berkata demikan dalam satu segmen Soal Rakyat yang disiarkan secara langsung di TV3 dengan tajuk ‘Ekonomi Malaysia Baharu’ malam semalam.
Beliau turut bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa tol yang dikenakan di Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.
“Dalam hal ini saya bersetuju dengan PM telah mengatakan bahawa tol yang dikenakan di Malaysia antara yang paling rendah sekali di dunia. Dan kita juga dapati sebenarnya, untuk hapuskan tol bukan mudah dan bukan murah. Kerana tol-tol itu mempunyai kontrak, kalaulah kita batalkan tol kita mesti bayar ganti rugi. Bukan jumlah yang sikit. Jumlah yang cukup besar. Jadi patut kita fikirkan semua janji itu. Kerana janji itu akan menelan belanja yang besar.” – Prof. Dr Jomo
Tambah Jomo lagi, manifesto Pakatan Harapan mengenai penghapusan tol digubal ketika mereka tidak tahu kos untuk menghapuskan tol.
Malah, kata beliau lagi, penghapusan tol perlu mengambil kira pemilik tersebut yang kebanyakannya adalah GLC milik kerajaan juga, dan mereka juga bukannya mahu untung yang banyak.
Mungkin sewaktu pakatan harapan yang menggubal manifestonya mereka tidak tahu betapa banyak (kos) janji-janji itu dan kos untuk menghapuskan tol. Jadi soal ini patut diambil kira dan juga yang memiliki tol-tol ini bukan orang-orang, syarikat-syarikat peribadi swasta yang menelan belanja. Tetapi mungkin apa yang dikatakan GLC milik pemerintah yang tidak hendakkan untung yang banyak sangat jadi supaya harga itu tidak meningkat lagi. – Prof. Dr Jomo
Prof Jomo kemudian mencadangkan adalah memadai sekiranya tol dikawal harganya dari naik, dan kalau boleh dikurangkan sahaja harganya di tempat-tempat tertentu.
Jadi saya rasa kalaulah kerajaan pakatan harapan dapat mengawal kadar tol pada peringkat yang ada sekarang itu kalau tidak kalau boleh dikurangkan di tempat-tempat tertentu saya rasa itu dah memadai. “- Prof. Dr Jomo
Penghapusan tol merupakan salah satu dari janji utama Pakatan Harapan ketika PRU14 lepas. Selepas memenangi PRU 14, pada 18 Mei, Tan Sri Zeti berkata keputusan mengenai penghapusan tol akan dibuat ‘minggu hadapan’.
Pada minggu depan ke 10 selepas pengumuman Tan Sri Zeti itu, CE0 KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, mengatakan cadangan menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti digariskan dalam manifesto PH.
“Saya fikir kerajaan juga mahu berlaku adil kerana penghapusan tol dan pampasan kepada pemegang konsesi akan memindahkan beban kepada pembayar cukai, dan saya rasa (berlaku adil) adalah keutamaan kerajaan,” – Datuk Shahril Ridza
KWSP memilliki 49 peratus pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd, manakala unit Khazanah Nasional Bhd, UEM Group Bhd memiliki ekuiti selebihnya. Manakala pengerusi Khanazah pula adalah perdana menteri, Tun Dr Mahathir.
Sementara itu, TTKM mendapatkan komen seorang penyokong kerajaan (JiKera), Samad yang mengundi pertama kali pada PRU14 untuk tol di kawasan rumah beliau dihapuskan:
“Kitorang dah biasa kena kencing dah bro. Dah nak dekat 100 hari pun tak habis-habis kencing. Kalau nak kencing pun, beritahulah kami awal-awal supaya kami boleh sediakan payung atau baju hujan. Tak adalah basah! Worst case scenario, diorang ni kencinglah dalam botol. Jangan kasi berterabur! Hancing!” -Samad.
. -TTKM-