(Audio)”Itu bukan suara saya!” – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau adalah suara individu dalam rakaman audio yang tular di Whatsapp semalam, lapor Malaysiakini.  Audio tersebut mengkritik keras Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambah Anwar lagi, beliau tidak pernah menggunakan istilah ‘barua’ seperti yang didengari dalam audio tersebut.

“Saya tak guna bahasa kesat. Garang-garang saya pun, istilah ‘barua’ (saya) tak pernah pakai. Ia tidak sihat…mereka sepatutnya lawan saya secara terbuka,” – Anwar Ibrahim.

Dalam rakaman itu, suara mirip Anwar itu menyifatkan Azmin sebagai “barua Mahathir”.

Berikut transkrip audio tersebut:

“Dak dak dak.. sebab tu I suruh Rafizi lawan Azmin. Sebab ni, Azmin dah jadi barua kepada Mahathir ini pasai apa? Dia lantik diri dia jadi Pengerusi Khazanah.. ek. ek.. ek.. apa ni?Rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi. Dulu dia tuduh saya liwat. Dia jangan lupa. Apa jadi pada kes forex dia? 30 Billion!”

Berikut merupakan audio tersebut:  -TTKM-

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.