“MBM, GPMS, Belia4B macai politik! Akan dirombak!”- Syed Saddiq.

bottle
bottle

KUALA LUMPUR: Persatuan belia negara akan dirombak dan dibersihkan supaya tidak lagi dilihat sebagai ‘macai politik’ kepada mana-mana parti politik, lapor Berita Harian.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata demikian bertujuan mengembalikan kuasa persatuan belia sebagai kumpulan pendesak dan pengkritik dalam menentukan hala tuju kerajaan.

Beliau memberi contoh 3 gerakan belia yang menjadi macai potilik iaitu GPMS, MBM dan Belia 4B

Capture.PNG
Gambar dari siaran langsung RTM

“Ada persatuan belia seperti GPMS (Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung), Majis Belia Malaysia (MBM) dan Belia4B (Gerakan Belia 4B) yang menerima peruntukan kerajaan akhirnya pada satu tahap boleh jadi macai politik.

Saya beri contoh, ketika saya nak terima Anugerah Belia Negara empat tahun lalu, MBM secara terbuka memberi sokongan kepada GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).Apabila saya tanya kenapa buat ini (majlis), mereka kata dapat peruntukan RM5 juta daripada Perdana Menteri dan terpaksa buat.

Saya mahu selepas ini walaupun peruntukan diberi, persatuan belia bebas mengkritik kerajaan dan mengembalikan status kumpulan belia sebagai pendesak untuk mengkritik kerajaan dan bukan kerajaan.Kita panggil ini program meneutralisasi kumpulan belia,” – Syed Saddiq

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul titah diraja bagi pihak kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Istilah ‘macai politik’ yang digunakannya menyebabkan beberapa ahli Dewan dari BN bangun memohon penjelasan mengenai istilah terbabit.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-UMNO Pengerang) bertanya jika apa yang dimaksudkan Syed Saddiq sebagai ‘macai politik’ ialah pemimpin belia yang mempunyai kedudukan dalam parti politik.

azalina.PNG
Gambar dari siaran langsung RTM

 

“Adakah menteri juga mencadangkan bahawa definasi macai politik ini tidak terlibat  dalam persatuan belia dan juga persatuan sukan?” – Azalina Othman

Syed Saddiq menjawab, tidak salah bagi anak muda mempunyai pandangan mengenai politik tetapi ia menjadi ‘macai’ apabila menyokong segala agenda kerajaan kerana mendapat peruntukan setiap tahun.

“Kita nak pastikan kalau ada anak muda yang mengkritik kerajaan, memberi cadangan walaupun ia pedas, kita takkan potong peruntukannya atau mengambil tindakan melalui persatuannya. Kita nak pastikan persatuan-persatuan anak muda di Malaysia bebas untuk mengkritik dan kembalikan semula status asalnya sebagai kumpulan pendesak anak muda yang begitu kuat sekali” – Syed Saddiq

Edwin Michael, Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan UTAR membidas kenyataan Syed Saddiq ini dan mengatakan perkataan macai politik itu sangat keras bunyinya dan tidak beretika.

mike.PNG
Edwin Michael, Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan UTAR

Beliau turut mempersoalkan kenapa Syed Saddiq berdiam diri dalam kes penganugerahan projek RM11 juta kepada Opcom dan tidak bersuara apabila program MyBrain ditangguhkan. Malah, sebagai membalas label “macai politik” itu, Edwin mendakwa pula Syed Saddiq sebagai “barua politik”.

MACAI POLITIK. Sangat keras bunyinya dan tidak beretika. Anak-anak muda harus diberikan pilihan dalam berpolitik. Menuduh mereka atau NGO yang mereka sertai sebagai Macai Politik adalah KURANG AJAR, BIADAP dan nyata satu KECELAKAAN buat anak-anak muda untuk memiliki seorang Menteri Belia dan Sukan yang tiada kredibiliti.

Apabila Mahathir *didakwa menganugerahkan kontrak RM11juta kepada anaknya dan kamu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diam tidak mengkritiknya, apabila Mybrain libatkan masa depan anak2 muda ditangguhkan dan sekali lagi kamu senyap sunyi tidak berbuat apa, Kamu tahu perangai ini dipanggil apa? BARUA POLITIK!! – Edwin Michael

(* Anak Mahathir, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan pihak TM yang menganugerahkan projek terbabit. – editor TTKM )

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.