Selangor beli SPLASH pd RM2.55 bil, 10 X lbh tinggi dr tawaran TSKI.

SUBANG JAYA (3 Ogos): Syarikat milik kerajaan Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menawarkan RM2.55 billion tunai untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), menurut laporan The Edge Markets.

Tawaran tersebut 10 kali lebih tinggi dari ditawarkan oleh pentadbiran Tan Sri Khalid pada 2013 iaitu RM250.6 juta.

Menteri besar Selangor, Amirudin Shari berkata tawaran tersebut adalah diskaun 28% dari nilai bersih semasa (net book value ) RM3.54 billion pada 30 Jun 2018.

“Pengurusan Air Selangor akan memenuhi pertimbangan pemilikan dalam 9 tahun.” – Amirudin

Tambah beliau lagi, Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan RM1.9 bilion, manakala baki RM650 juta akan dibayar secara ansuran selama 9 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tiada mengatakan tarif air akan kekal atau naik, sebaliknya hanya berkata akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat.

“Ia adalah pembayaran jangka panjang yang membolehkan Air Selangor beroperasi pada kos munasabah dan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat,” -Amirudin

Surat tawaran itu diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.

Pemegang saham Splash terdiri dari Gamuda Bhd (40%), Kumpulan Perangsang Selangor Bhd melaluu Viable Chip Sdn Bhd (30%), dan Sweet Water SPV Bhd (30%).

Kaitan dengan PKR?

Wan-Azmi_theedgemarkets.png

Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah juga merupakan pemilik Sweet Water SPV Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 2013, PKR menubuhkan think tank Institut Rakyat dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah merupakan salah seorang dari lembaga pengarahnya ketika itu.

Kajang Move berhasil?

Pengkritik melihat urusan pembelian Splash merupakan salah satu sebab mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR melalui Kajang Move sekaligus meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 2014. Ini kerana TSKI tidak bersetuju Selangor mengambil alih Splash pada harga RM2.7 billion, sebaliknya berkeras pada harga RM250.6 juta.

Respon Tan Sri Khalid.

Sementara itu, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak terperanjat dengan pengumuman tersebut kerana perkara ini merupakan sebab beliau dipecat.

tski.PNG

“Secara dasarnya saya tidak terperanjat dengan pengumuman ini kerana sememangnya antara sebab saya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014 adalah kerana kecenderungan pimpinan PKR yang mahukan tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash dan saya atas dasar menjaga kepentingan rakyat telah menolaknya”. – Tan Sri Khalid

Selain berkata harga pembelian RM2.55 billion itu adalah 10 kali ganda lebih dari ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013, beliau juga mendakwa pemilik saham Splash akan mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan.

Hari ini apabila pembelian Syarikat Splash oleh Syarikat Air Selangor berjumlah RM2.55 billilon dimuktamadkan, ianya telah menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Kerajaan negeri pada 2013.
Strategi Kerajaan Negeri hari ini telah memberi peluang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan. – Tan Sri Khalid

Tan Sri Khalid juga tidak menolak kemungkinan tarif naik akan naik serta program pemberian air percuma akan dikaji atau dihentikan.

Ia juga telah meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tariff yang tinggi.
Saya juga percaya kerajaan hari ini akan mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor yang telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan pada 2008 yang lalu. Saya doakan agar rakyat Selangor tabah menghadapi perubahan yang besar ini. – – Tan Sri Khalid

-TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor” dengan membuat sumbangan ke akaun:

You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below:

Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.