Selangor beli SPLASH RM2.55 bil: TSKI tak terperanjat, ant sebab beliau diminta letak jawatan.

Kenyataan Akhbar.

Assalamualaikum

Secara dasarnya saya tidak terperanjat dengan pengumuman ini kerana sememangnya antara sebab saya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014 adalah kerana kecenderungan pimpinan PKR yang mahukan tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash dan saya atas dasar menjaga kepentingan rakyat telah menolaknya.

breaking-news (17)

Hari ini apabila pembelian Syarikat Splash oleh Syarikat Air Selangor berjumlah RM2.55 billilon dimuktamadkan, ianya telah menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Kerajaan negeri pada 2013.

Strategi Kerajaan Negeri hari ini telah memberi peluang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan. Pada masa yang sama, ia juga telah meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tariff yang tinggi.

Saya juga percaya kerajaan hari ini akan mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor yang telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan pada 2008 yang lalu.
Saya doakan agar rakyat Selangor tabah menghadapi perubahan yang besar ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim

3 Ogos 2018

Baca laporan sebelum ini : Selangor beli SPLASH pd RM2.55 bil, 10 X lbh tinggi dr tawaran TSKI.

-TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor” dengan membuat sumbangan ke akaun:

You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below:

Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.