Surat perpisahan TS Azman, jelaskan kontroversi pelaburan Khazanah dan kejayaan.

KUALA LUMPUR (2 Ogos ): Bekas pengarah urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar menulis 5 muka warkah perpisahan kepada kakitangan syarikat tersebut, lapor The Edge Markets.

Dalam warkah tersebut, Azman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bekerja dengan beliau disamping menulis dengan terperinci mengenai kejayaan Khazanah Nasional di bawah pengurusan beliau yang meningkatkan Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) Khazanah  dari RM33.3bn pada 14 Mei 2004 kepada RM115.6bn pada 31 Disember 2017.

khazanah.PNG
Tangkap layar laman web Khazanah Nasional .

Beliau juga menerangkan mengenai dua urusan perniagaan dimana syarikat induk pelaburan tersebut melakukan pelaburan yang telah menjadi kontroversi setelah ia disebut oleh Menteri Kewangan, Azmin Ali di dalam dewan rakyat baru-baru ini iatu kerugian RM80 untuk penjualan pakaian dalam online dan kerugian RM1.7 billion dalam pelaburan di UBS.

Hari terakhir Tan Sri Azman di Khazanah Nasional disambut bagaikan hero pada Selasa lepas. 

Beliau bersama semua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional meletakkan jawatan secara beramai-ramai minggu lalu berikutan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap badan induk pelaburan kerajaan itu yang dikatakan telah menyimpang dari matlamat asal membantu golongan bumiputera.

Sehari selepas pengumuman itu, 6 saham utama Khazanah mengalami kerugian nilai pasaran berjumlah RM2 billion.

Selepas itu Pejabat Perdana Menteri talah mengumumkan 5 ahli lembaga pengarah baru Khazanah Nasional termasuk Tun Dr Mahathir sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional dan Azmin Ali sebagai pengarah.

Pengumuman itu dikritik hebat oleh rakyat kerana ia tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang berjanji cuma golongan profesional sahaja dilantik ke jawatan itu. -TTKM-

Warkah penuh Tan Sri Azman:

12345

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.