PERSATUAN BELIA PERLUKAN ROMBAKAN MENYELURUH – Syed Saddiq

PERSATUAN BELIA PERLUKAN ROMBAKAN MENYELURUH

Oleh : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Untuk memberikan nafas baru kepada gerakan persatuan belia, saya percaya satu rombakan dan pembaharuan komprehensif perlu dilaksanakan.

Saya telahpun mencadangkan proses neutralisasi pertubuhan belia supaya tidak lagi diterajui oleh individu dari mana-mana parti politik, tidak kira dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Namun, saranan ini mendapat pertikaian daripada pelbagai pihak.

Pertikaian ini wujud kerana masih terdapat banyak persatuan belia utama yang diterajui oleh kepimpinan muda UMNO. Mereka bukan sahaja menggunakan platform persatuan untuk mempromosikan parti tetapi lebih dari itu, menggunakan persatuan sebagai jentera dalam kempen Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Tindakan yang tidak beretika ini adalah bertentangan dengan matlamat asal kewujudan persatuan belia tersebut. Malah, persatuan- persatuan belia ini bersifat berat sebelah apabila hanya bertindak menyokong parti-parti politik tertentu sahaja.

Contohnya, Presiden GPMS menyokong perbuatan mengibarkan bendera UMNO oleh kanak-kanak di sekolah.

Presiden Belia 4B Malaysia pula dengan secara terbuka, ketika merasmikan Mesyuarat Belia 4B di Terengganu, menyatakan, “ketahuilah hadirin sekalian, wujudnya, adanya dan lahirnya persatuan belia ini dari sayap parti UMNO yakni Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia’

Persatuan-persatuan belia seperti ini juga berdiam diri apabila anak muda ditindas di bawah kerajaan terdahulu – sebagai contoh apabila saudara Hanif Mahpa dan saudari Afiqah Zulkifli digantung pengajian hanya kerana ingin mengaturkan ceramah GST di Universiti.

Ini jelas menunjukkan sikap ‘favouritism’ dan sikap memperjuangkan kepentingan peribadi.

Adalah menjadi matlamat saya untuk mengembalikan kuasa kebebasan bersuara kepada Persatuan Belia – agar mereka berani untuk menegakkan kebenaran dan tidak menjadi anak patung kawalan mana-mana parti politik termasuk parti komponen Pakatan Harapan.

Kementerian Belia dan Sukan akan mengeluarkan pelan lengkap bagi merombak semula persatuan belia di negara ini. -TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:

You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below:

Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: