KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kerajaan bersedia untuk melancarkan kereta nasional ke 3 menjelang 2020 seperti yang divisikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad atau lebih dikenali sebagai Tun Det, lapor Bernama.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan ketika ini percaya bahawa langkah tersebut akan membangkitkan industri automotif nasional.
“Kami cuba untuk menyelamat dan membangunkan industri (kereta) kerana potensinya yang besar. Lagipun, pembuatan komponen kereta juga adalah salah satu sektor yang memacu perusahan kecil dan sederhana (SME). “ – Mohd Redzuan Yusof
Beliau berkata demikan sewaktu Majlis Konvokesyen TOC Automotive College , hari ini.
Sebelum ini, Tun Det telah menyatakan aspirasi beliau untuk memulakan projek kereta nasional ketiga selepas melawat Jepun pada Jun lepas selepas Pakatan Harapan memenangi pilihanraya ke 14.
Bercakap di sesi dialog Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24 di Tokyo ketika itu, beliau berkata Proton bukan lagi kereta nasional kerana firma China Geely adalah pemilik saham syarikat itu.
“Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau, Kita mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing pada permulaan,Tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi yang diguna pakai,” – Tun Det
Walaubagaimanapun, TTKM mendapati Proton masih lagi milik Malaysia kerana pemegang saham terbesar adalah DRB Hicom Bhd dengan 50.1% pegangan manakala syarikat China’s Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd memegang baki 49.9% .
Untuk rekod, DRB Hicom Bhd adalah milik Tan Sri Syed Mokhtar, ahli perniagaan yang rapat dengan Tun Det.
Aspirasi Tun Det untuk memulakan projek kereta nasional ketiga menerima kritikan hebat. Pengkritik berkata sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan pengangkutan awam seperti menambah jaringan keretapi , tetapi pentadbiran Tun Det memilih untuk membatalkan projek MRT3, HSR manakala ECRL ditangguhkan.
Bantahan rakyat terhadap projek kereta nasional ke tiga ini menyebabkan Tun Det ‘merajuk’ lalu mengarang satu artikel dengan nada sindiran menyamakan Malaysia dengan negara penanam padi dan pemancing ikan.
Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020. – Tun Det
Projek Kereta Nasional ke tiga ini juga tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.
-TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below:
Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE