Kata nak kurangkan kesesakan & pembelian kereta, kenapa nak tubuh kereta nasional ke3?

Oleh : Kiridaren Jayakumar

Jika saya MP Parlimen, saya akan tanya Pakatan Harapan soalan ini :

“Pada zaman sekarang, negara kita sedang memajukan pengangkutan awam dan ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan juga pembelian kereta. Jika sebelum 2020, kerajaan akan menubuhkan syarikat kereta nasional baru, bilakah masa penubuhan itu secara spesifik? Di manakah kerajaan mendapat duit pada saat hutang negara berlambung bankrap seperti dikatakan, adakah ini keperluan asas masyarakat?

Dan bagaimanakah model dan teknologi yang akan digunakan? Jika Research & Development diperlukan untuk jenama kereta baru dari syarikat baru, berapa juta atau billion kos akan digunakan?

Jika sesuatu produk perlu dimajukan untuk menjadi istimewa dan mempunyai daya tarikan yang tinggi di luar negara dan dalam negara, bagaimanakah ia akan berbeza dari model kereta keluaran Proton-Geely dan Perodua? Dan juga kereta luar negara? Rakyat kita ada pelbagai model yang dibeli mengikut cita rasa mereka dan mereka tidak kekurangan model.

Bilakah kereta pertama akan dihasilkan dalam anggaran?Jika kereta pertama dikeluarkan dalam 2022, soalan yang penting adalah, berapakah jumlah pasaran kereta dunia dan pasaran kereta negara pada masa itu? Bukan ke pembeli kereta keluaran negara kita amat bertumpu atau saturated, bukan ke ini akan menjejaskan jenama kereta nasional lain? Bukan ke kereta keluaran Perotiga juga akan dijejaskan? Apakah impak pada industry kereta negara ?

Dan berapakah jauhnya perbedaan teknologi yang digunakan oleh pesaing-pesaing luar negara dan dalam negara pada 2022 yang mungkin akan melangkaui teknologi Perotiga?

Dengan kenaikan kualiti hidup dan gaji masyarakat, berapakah orang ramai yang masih akan membeli kereta nasional ketiga negara , dan secara kajian berapakah peratus orang Malaysia membeli kereta nasional kita pada masa sekarang 2018 dan anggaran pada 2022?

Dan di dewan yang mulia ini, boleh rakyat tahu mengapakah kerajaan tidak memberi sumber kewangan yang digunakan untuk penubuhan syarikat baru untuk menolong syarikat Proton dan Perodua untuk menjadi pesaing dunia?

Sekiranya syarikat ini tidak mendapat keuntungan dalam 3-5 tahun, kerugiannya ditanggung oleh rakyat atau syarikat ? Adakah kerajaan akan memberi bailout?

Adakah ini disebabkan kekurangan pengaruh individu seperti ahli politik dan pihak dengan syarikat kereta nasional negara seperti Proton disebabkan kemasukan syarikat Geely?

Harap rakyat mendapat jawapan dan bukan jawapan “Kita akan menyelidik”. Isu seperti ini seharusnya sudah ada penyelidikan spesifik sebelum syarikat ditubuhkan.

Harap anda tidak membawa alasan dan masalah kerajaan sebelum ini.

Terima kasih.” -TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version