“ECRL, Kidex kata membazir, tapi PH mahu bina hiway PIL-1 RM 9 bil! RM461 juta per km!” – Najib Razak

Oleh Najib Razak.

Projek ECRL yang dimulakan ketika saya Perdana Menteri sering dikecam oleh Pakatan Harapan sebagai satu pembaziran dan terlalu mahal.

Pakatan Harapan turut mendakwa harga RM55 bilion untuk 688km, iaitu RM80 juta satu km, terlalu mahal walaupun projek ini termasuk kos keretapi, kos untuk membina 27 stesen serta pembinaan terowong sepanjang 50km dan akan memberi manfaat kepada lima negeri yang selama ini ketinggalan dari segi pembangunan dan berjuta-juta rakyat Malaysia.

b695f53e-44fc-4563-8c44-0ea1de91d20a (1).jpg

Tetapi peliknya, bila kerajaan Pakatan Harapan tegas untuk membuat projek mega seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km yang dulunya dianggarkan menelan kos RM7.5 bilion (RM385 juta bagi setiap km) dan kini kos dikatakan sudah meningkat ke RM9 bilion (RM461 juta setiap km) walaupun penduduk-penduduk Pulau Pinang membantah projek ini kerana ia melibatkan kos terlalu tinggi dan tidak diperlukan.

Projek lebuhraya RM461 juta satu km juga jauh lebih mahal dari kos RM161 juta satu km untuk projek KIDEX di mana pemimpin DAP pernah menuduh saya pada tahun 2015 sebagai membazir dan dikatakan lebuhraya termahal di Malaysia.

Difahamkan kerajaan Pulau Pinang sudah memohon RM1 bilion dari kerajaan persekutuan sebagai modal permulaan projek PIL ini.

7d4b82d8-8e91-437c-8d21-a3dc66b9f588.jpg

Agak pelik bila kerajaan boleh membeli syarikat air swasta di Selangor dengan harga RM2.55 billion iaitu 10 kali ganda lebih mahal dari tawaran asal dan memberi RM1 bilion untuk projek lebuhraya termahal di Malaysia tetapi tidak mahu membayar wang sara hidup untuk peneroka FELDA, nelayan, menaikkan gaji penjawat awam dan terbarunya mahu mengurangkan jumlah penerima BR1M.

Ini sekaligus membuktikan bahawa serangan dan tohmahan bertalu-talu dilakukan sebelum PRU14 telah berjaya menyembunyikan realiti bagi memperdaya rakyat. -TTKM-



Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: