“Keputusan iktiraf UEC dalam 5 tahun” – Dr Maszlee

PARLIMEN | Keputusan muktamad untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dibuat dalam tempoh lima tahun, lapor Malaysiakini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) menyentuh mengenai pengiktirafan UEC dalam manifestonya ia tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari mereka.

Katanya kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh, mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak yang ada kepentingan dan mengambil kira kepentingan bahasa Melayu serta keharmonian kaum.

“Kementerian akan memastikan isu UEC tidak akan menjejaskan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu, serta tidak menjejaskan perpaduan serta keharmonian antara kaum di negara ini,” – Dr Maszlee

Maszlee berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan asal Alice Lau (HARAPAN-Lanang) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan bilakah UEC akan diiktiraf.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata beliau mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dibuat secepat mungkin, sebelum hujung tahun 2018.

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” Teo Nie Chin

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Kulai berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Kenyataan terkini Dr Maszlee ini dilihat satu usaha beliau untuk mengendurkan kritikan hebat puak kanan dan kiri   yang menentang pengiktirafan UEC.

Sementara itu, Pakatan Harapan yang  berjanji akan menunaikan 10 janji dalam 100 HARI pemerintahan Pakatan Harapan  kini cuma tinggal baki 11 hari. Setakat ini, hanya Hapuskan GST dan Menyiasat Skandal ditunaikan manakala 8 janji lain masih lagi tidak lagi ditunaikan atau ditunaikan secara separuh sahaja.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n

 

Kami menemui seorang penjokong kerajaan, JiKera berhubung perkara ini dan ini jawab beliau”:

“Mana subsidi tol bersasar? Mana tangguhkan bayaran PTPTN? Mana hapuskan hutang peneroka FELDA? Yang ada kurang harga tomato buat apa bro? Ingat aku makan tomato hari-hari ke? Ini janji manifesto, bukan janji manipestomato! ”  kata beliau dengan nada kemarahan, dengan kepalanya basah berbau sedikit hancing  – TTKM –


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE


Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: