Oleh: Abdul Azim Roslan
Apabila keluar berita yang mendakwa, Syed Saddiq menggelarkan persatuan belia seperti GPMS dan MBM sebagai macai politik, maka hiruk pikuk dunia maya. Ramai yang ambil kesempatan menghentam Syed Saddiq dan mempersoalkan kemampuan beliau menerajui KBS.
Aku sangat yakin, kebanyakkan yang menghentam itu hanya membaca sekerat kenyataan atau hanya selintas lalu membaca tajuk berita. Entah berapa ramai yang mahu mengambil inisiatif menonton video penuh ucapan beliau.
Syed Saddiq menyebut NGO macai politik dalam konteks beliau tak mahu NGO belia terikat sebagai pak turut kepada parti pemerintah kerana dana NGO berasal dari kerajaan. Secara jelas Syed Saddiq menyebut contoh yang mana ada NGO yang terpaksa menyokong dasar kerajaan sebelum ini bukan kerana ideologi belia itu sendiri, tetapi kerana khuatir dana NGO akan terjejas jika beri pendapat yang berbeza. Beliau mahu membebaskan NGO belia dari cengkaman itu. Apa yang aku pasti, gelaran macai politik itu ditujukan kepada pimpinan tertinggi NGO belia, dan bukan kepada ahli biasa.
Isu macai politik ini sebenarnya telah menenggelamkan idea besar ‘good governance’ yang sedang cuba dibawa ke dalam KBS. Syed Saddiq di dalam ucapan yang sama ada menyebut tentang 5 pelan integriti.
1. Perolehan yang telus terutama pelaksanaan tender terbuka (Open Tender)
2. Penempatan Pegawai SPRM di KBS
3. Pelaksanaan Forensic Accounting dan Program Auditing
4. Pengisytiharan Harta Menteri dan pegawai di Pejabat Menteri
5. Memuktamadkan Corruption Risk Management (CRM) dengan kerjasama SPRM.
Kadang kala aku rasa sebahagian besar kita memang macai. Macai kepada kebodohan kita sendiri kerana mahu fokus bicara soal remeh. Idea besar kita tak mahu bincang. Mungkin kerana mulut kita besar, tetapi berminda kecil.
(Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – Editor)
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE