Kuala Lumpur, 6 Ogos: Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining mendedahkan bahawa institut yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu melatih parti politik pembangkang di Malaysia sejak 15 tahun dulu dengan menggunakan dana dari National Endownment for Democracy (NED), sehingga berjaya menubuhkan kerajaan pada PRU14 lepas.
Beliau berkata demikian dalam satu program dialog yang bertajuk “Supporting Democracy in Challenging Times” yang diadakan di ibu pejabat Center For Strategic and International Studies (CSIS ) di Washington, Amerika Syarikat, 17 Julai lepas.
” Kami, International Republican Institute(IRI) telah bekerja di Malaysia dengan parti politik pembangkang sejak 2002 dan cuba teka dengan siapa kami peroleh dana untuk lakukannya? National Endownment for Democracy (NED) .. Selama 15 tahun bekerja dengan sumber NED ini, kami bekerja untuk mengukuhkan parti pembangkang Malaysia dan cuba teka apa berlaku dua bulan lepas? Mereka menang! “ – Daniel Twining
Selain itu, beliau juga mendakwa kemenangan PH pada PRU lepas adalah kerana reaksi terhadap korupsi, kronisme, dan nepotisme yang berlebihan akibat pemerintahan satu parti di Malaysia sebelum ini (BN) yang telah menyalah guna kuasa.
Presiden IRI lawat PMO

Daniel Twining turut mendakwa beliau melawat dan beramah mesra dengan pemimpin kerajaan baru PH, di pejabat perdana menteri.
“Saya melawat dan saya duduk di sana dengan ramai pemimpin baru kerajaan ini (PH). Ramai di antara mereka merupakan rakan kami yang telah bekerja (bersama) untuk 15 tahun dan salah salah seorang yang paling kanan, yang kini salah seorang dari mereka yang mentadbir kerajaan berkata kepada saya :
” Ya Tuhan! IRI! Kamu tidak pernah putus asa terhadap kami, walaupun kami bersedia untuk putus asa terhadap diri kami sendiri bukan?”
Kami berada dalam pejabat perdana menteri. Kami dah tiba” – Daniel Twining
Long Game dengan China
Daniel juga berkata penglibatan IRI di Malaysia adalah merupakan satu permainan panjang (long game) dengan negara China yang didakwa melakukan urusan perniagaan dengan Malaysia melalui kegiatan berunsur korupsi.
“Ia adalah contoh memainkan satu permainan yang panjang dan sebab mengapa saya membangkitkannya adalah kerana perkaitannya. Cuba teka kenapa? Langkah pertama yang diambil oleh kerajaan baru (PH) adalah membekukan pelaburan infrastruktur China kerana mereka telah membuka buku dan mendapati bahawa terdapat banyak wang yang pelik berlegar sekitar sistem yang sangat korup dan tidak berakauntabiliti” – Daniel Twining
Petikan video kenyataan Daneil Twining, ehsan CSIS (Video penuh ada di sini) :
Buletin TTKM menyiarkan transkrip penuh kenyataan Daniel itu di sini.
Daniel Twining turut berkicau di akaun Twitter beliau mengatakan perkara yang sama pada 11 Jun lepas :
“IRI Global telah bekerja dengan pembangkang Malaysia sejak 2002. Tahun lepas, Mahathir datang ke Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia sebagai pemimpin pembangkang melawan parti pemerintah yang telah mentadbir selama 60 tahun. Hari ini beliau datang (kembali) sebagai PM Malaysia setelah pembangkang memenangi (PRU 14) – Daniel Twining.
.@IRIglobal has worked with Malaysian opposition parties since 2002. Last year, Mahathir came to @nikkei’s Future of Asia confab as opposition leader taking on a ruling party that had governed over 60 years. Today he is back as Malaysia’s PM after opposition won. pic.twitter.com/KulIUEmhK9
— Daniel Twining 🇺🇦 (@DCTwining) June 11, 2018
Berapakah jumlah dana yang diberikan kepada IRI oleh NED untuk membantu parti politik pembangkang sejak 15 tahun ini?
TTKM mendapati NED hanya mengemaskini laman web mereka mengenai pembiayaan IRI di Malaysia sejak tahun 4 tahun yang lalu. Jumlahnya adalah US$1.6 juta atau bersamaan dengan RM 6.4 juta.

Pengesahan sebelum ini.
Pada April 2017, Nurul Izzah mengesahkan Pakatan Harapan menerima latihan dari International Republican Institute (IRI).
“IRI juga NDI adalah di bawah National Endowment for Democracy (NED) menjalankan latihan untuk parti politik merentasi spektrum politik di Malaysia. Sesi terkini (dari agensi pengiklanan politikal Amerika, The Strategy Group Company ) dijalankan oleh Brian Berry dianjurkan melalui IRI, secara pro bono, kita minta nasihat mengenai komunikasi, terutamanya sebagai pakatan yang bersatu.”– Nurul Izzah.
Selepas kenyataan Nurul Izzah tersebut, IRI kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Brian Berry merupakan sukarelawan IRI yang mengetuai konsultansi dan bengkel kepada kedua-dua pihak BN dan pembangkang pada ketika itu untuk “amalan terbaik demokrasi antarabangsa dalam pemesejan dan komunikasi”
Apakah itu IRI?
Menurut laman web IRI:
” International Republican Insitute (IRI) merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan, yang komited untuk memajukan kebebasan dan demokrasi di seluruh dunia dengan membantu parti-parti politik menjadi lebih berasaskan isu dan responsif, membantu rakyat untuk mengambil bahagian dalam perancangan kerajaan, dan bekerja untuk meningkatkan peranan golongan terpinggir dalam proses politik – termasuk wanita dan remaja .Kami menggalakkan demokrasi di tempat-tempat yang tidak hadir, membantu demokrasi menjadi lebih berkesan di mana ia berada dalam bahaya dan berkongsi amalan terbaik di mana demokrasi berkembang.” – IRI.
Manakala menurut Source Watch,:
International Republican Insitute (IRI) adalah salah satu komponen dari National Endowment for Democracy (NED) yang mana ia bertujuan untuk mempengaruhi keputusan politik dan masyarakat sivik di negara-negara membangun yang kurang maju di seluruh dunia. Usahanya adalah untuk menyalurkan kepada parti politik dan masyarakat sivik untuk mempromosikan model ekonomi dan politik neoliberal. NED / IRI juga terlibat dalam aktiviti yang pernah dilakukan oleh CIA. IRI dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, U.S. Agency for International Development dan National Endowment for Democracy (NED). IRI juga berkait rapat dengan parti Republikan.
Misi yang dinyatakan oleh IRI adalah “menyokong pertumbuhan kebebasan politik dan ekonomi, tadbir urus yang baik dan hak asasi manusia di seluruh dunia dengan mendidik orang, parti dan kerajaan mengenai nilai dan amalan demokrasi.” Walau bagaimanapun, ia juga telah dikaitkan dengan usaha untuk merangsang rampasan kuasa tentera di Haiti. Max Blumenthal melaporkan bahawa Stanley Lucas adalah pegawai program untuk program Haiti IRI. – Source Watch
Apakah itu NED?
Menurut laman web NED,
NED merupakan yayasan swasta, bukan berasasakan keuntukan yang didedikasikan untuk pertumbuhan dan pengukuhan institusi demokrasi di seluruh dunia. Setiap tahun, NED membuat lebih daripada 1,600 geran untuk menyokong projek-projek kumpulan bukan kerajaan di luar negara yang bekerja untuk matlamat demokratik di lebih daripada 90 negara. – NED
Manakala menurut Thierry Meyssan, konsultan politik, President dan juga pengasas Voltaire Network mengaitkan NED dengan CIA:
National Endowment for Democracy (NED) melakukan operasi haram CIA melalui sub-kontrak selama lebih 30 tahun. Tanpa membangkitkan keraguan, NED telah meletakkan jaringan korupsi terbesar di dunia, merasuah persatuan pekerja dan sindiket pengurusan, parti politik kepada kedua-dua Kanan dan Kiri supaya mereka mempertahankan kepentingan Amerika Syarikat. ( bacaan lanjut ) – Voltair Network
Sementara itu, FMT pula melaporkan:
Kenyataan Daniel ini dilihat akan menghangatkan lagi perdebatan mengenai peranan pengaruh Amerika Syarikat dalam proses demokrasi di Malaysia, selepas pendedahan bahawa pegawai atasan perisikan di bawah bekas perdana menteri, Najib Razak menulis surat meminta sokongan Washington sekiranya Barisan Nasional mendapat kemenangan tipis pada PRU 14 lepas.
Ketika ini, polis sedang menyiasat surat yang ditulis oleh Hasanah Ab Hamid kepada CIA, di mana beliau dilaporkan berkata AS adalah lebih baik bersama dengan Najib dari Dr Mahathir yang bersikap anti-semitik dan anti barat.
Pemimpin PH meminta supaya Hasanah didakwa di bawah pengkhianatan. – FMT
-TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE